Belasah rakan sebab tak puas hati masuk Henry Gurney

Belasah rakan sebab tak puas hati masuk Henry Gurney

Belasah rakan sebab tak puas hati masuk Henry Gurney
Foto hiasan

KAJANG: Tidak puas hati ‘dipenjara’ selama tiga tahun dipercayai punca dua bekas pelajar Sekolah Henry Gurney menyerang rakan mereka yang hanya dikenakan denda selepas ditahan kerana menunggang motosikal curi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan, berkata dalam kejadian Sabtu lalu itu, mangsa berusia 20 tahun singgah ke kedai memancing di Taman Putra, di sini, sebelum diserang dua lelaki.

“Mangsa tiba-tiba didatangi dua lelaki dikenalinya yang lalu memukul mangsa menggunakan tangan dan topi keledar serta mulutnya turut ditumbuk sebanyak dua kali.



“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang menahan dua suspek berusia 20 dan 22 tahun di sekitar daerah ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa pula dibebaskan selepas membayar denda atas kesalahan sama iaitu menunggang dan memiliki motosikal curi.

“Sebelum ini, suspek dan mangsa ditahan atas kesalahan itu beberapa tahun lalu dengan suspek dikenakan hukuman tiga tahun mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan oleh Mahkamah Kajang.

“Suspek tidak berpuas hati kerana mangsa hanya didenda manakala suspek dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 atau mana-mana balai polis untuk membantu siasatan,” katanya.



Terdahulu, satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan perselisihan faham itu tular selepas dimuat naik menerusi satu halaman komuniti di Facebook.

Bagaimanapun, video berkenaan didapati sudah dipadam daripada halaman komuniti terbabit.

Belasah rakan sebab tak puas hati masuk Henry Gurney


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading