Sekurang-kurangnya 40,000 mangsa perang di Gaza – Pejabat Media

Sekurang-kurangnya 40,000 mangsa perang di Gaza – Pejabat Media

Sekurang-kurangnya 40,000 mangsa perang di Gaza - Pejabat Media
KEPULAN asap susulan serangan rejim zionis di utara Semenanjung Gaza. FOTO Reuters

Bandaraya Gaza: Sekurang-kurangnya 40,000 orang maut, cedera atau hilang dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober, menurut Pejabat Media Kerajaan Gaza.

Jurucakap pejabat itu, Salama Marouf pada Selasa berkata, seramai 10,328 orang, termasuk 4,237 kanak-kanak, 2,719 wanita dan 631 warga emas terbunuh sejak konflik terbaharu tercetus.

Beliau berkata, jumlah kematian termasuk 1,021 penduduk di Bandaraya Gaza dan utara Semenanjung Gaza yang dipindahkan ke kawasan yang didakwa Israel sebagai selamat di selatan Semenanjung Gaza, selain 49 wartawan.



Menurut beliau, seramai 192 kakitangan perubatan dan kesihatan terbunuh, 40 ambulans musnah selain 113 institusi kesihatan rosak teruk manakala 18 hospital dan 40 pusat kesihatan tidak lagi berfungsi.

Marouf menegaskan Israel melakukan sebanyak 1,071 pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga Palestin…sementara 1.5 juta penduduk hilang tempat tempat tinggal.

Sekurang-kurangnya 40,000 mangsa perang di Gaza – Pejabat Media

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading