Saya mahu kaki saya semula

Saya mahu kaki saya semula

Saya mahu kaki saya semula
LAYAN ketika mendapatkan rawatan di Hospital Nasser, Khan Yunis. FOTO AFP

Gaza: “Saya mahu kaki saya semula. Saya tidak mahu kaki palsu,” itu raungan Layan al-Baz, 13, kepada AFP di Hospital Nasser, Khan Yunis, di selatan Semenanjung Gaza.

Dia meraung dalam kesakitan apabila kesan ubat penahan sakit yang diterimanya hilang selepas kakinya dipotong, kecacatan dialami akibat serangan ke atas Gaza ketika rejim zionis Israel memerangi pejuang Hamas.

Hakikatnya, ketika perang memuncak ketika ini, hampir mustahil untuk mendapatkan anggota badan tiruan di Gaza.



Wilayah Palestin yang miskin itu lumpuh berikutan sekatan pimpinan rejim zionis selama bertahun-tahun berikutan konflik berpanjangan.

Lebih memburukkan keadaan, kini Gaza dikepung lebih dahsyat sejak perang Israel-Gaza meletus pada 7 Oktober lalu sehingga penduduknya menderita mengalami kekurangan makanan, air, bahan api yang teruk dan bekalan perubatan semakin terhad.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi



“Saya mahu mereka mengembalikan kaki saya. Mereka boleh melakukannya,” kata Layan dalam keadaan terdesak ketika ditemui di katilnya di wad kanak-kanak hospital tempatnya dirawat.

Setiap kali dia tersedar dan membuka matanya apabila merasai kesan ubat penahan sakit semakin hilang, dia sugul melihat tunggul kaki yang dipotong dalam keadaan berbalut.

Ibunya, Lamia al-Baz, 47, berkata, Layan mengalami kecederaan itu minggu lalu dalam serangan ke atas daerah Al-Qarara di Khan Yunis, sebahagian daripada kempen ketenteraan Israel yang berterusan tanpa henti.

Lamia berkata, empat daripada ahli keluarganya terbunuh dalam serangan itu.



“Dua anak perempuan saya, Ikhlas dan Khitam, serta dua cucu termasuk bayi yang baru lahir terbunuh apabila serangan Israel melanda rumah Ikhlas. Ikhlas baru sahaja melahirkan anak.

“Mayat mereka berkecai. Saya mengenali Khitam dengan anting-antingnya dan Ikhlas menerusi tanda di jari kakinya,” kata Lamia, yang terpaksa mengenal pasti mayat anak perempuannya di sebuah bilik mayat.

Layan yang muka dan lengan turut dipenuhi kecederaan sempat lagi bertanya kepada Lamia, bagaimana nanti untuk kembali ke sekolah apabila rakan berjalan dan dia tidak lagi boleh berjalan tanpa kaki.

Lamia cuba meyakinkannya: “Saya akan berada di sisi anda. Semuanya akan baik-baik saja. Anda masih mempunyai masa depan di hadapan anda.”



Menurut Kementerian Kesihatan Hamas, 10,328 orang terbunuh di Gaza sejak perang meletus, termasuk lebih 4,000 kanak-kanak.

Saya mahu kaki saya semula

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button