Serangan tetak bertalu-talu macam dalam filem

Serangan tetak bertalu-talu macam dalam filem

Serangan tetak bertalu-talu macam dalam filem
Pemilik kedai nasi lemak, Tuan Mohamad Fitri Tuan Rozimi,27 menunjukkan tempat meja makan ketika mangsa (gambar kanan) berusia 55 tahun ditetak dua suspek bertopeng sehingga cedera parah di bahagian badan dan tangan dalam kejadian di Kampung Wakaf Berangan,Pasir Puteh.- Foto NSTP/Nor Amalina Alias

PASIR PUTEH: “Macam dalam filem, saya lihat depan mata mangsa ditetak beberapa kali dan hanya mampu lihat dia menjerit meminta tolong,” kata pemilik kedai nasi lemak, Tuan Mohamad Fitri Tuan Rozimi.

Mohamad Fitri, 27, berkata demikian ketika mengimbas detik pelanggannya yang juga seorang lelaki berusia 55 tahun ditetak menggunakan senjata panjang seperti pedang dalam kedai makannya, jam 9.10 malam tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa mengalami beberapa kecederaan akibat ditetak dengan senjata oleh dua suspek bertopeng.



Mohamad Fitri berkata, kejadian berlaku terlalu pantas kurang 10 minit ketika mangsa sedang minum bersama tiga lagi rakan.

“Tiba-tiba datang sebuah kereta dan turun dua lelaki bertopeng masing-masing memegang senjata seperti pedang, terus menuju ke arah mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong palsu Najib Gagal lagi




“Mangsa cuba melarikan diri namun terjatuh ketika mahu melompat longkang berhampiran dan ketika itu mangsa ditetak kali pertama, mangsa cuba melarikan diri dan ditetak kali kedua dan terakhir ketika mangsa berada di luar kedai, salah seorang suspek menetaknya berkali-kali,” katanya ditemui di lokasi kejadian di Kampung Wakaf Berangan, hari ini.

Mohamad Fitri berkata, dia dan pekerja serta beberapa pelanggan lain hanya mampu melihat mangsa menjerit meminta tolong.

Katanya, dia cuba meredakan keadaan dengan menegur suspek, namun suspek mengejarnya sehingga dia lari kira-kira 50 meter ke jalan raya.

“Selepas itu, saya lihat kedua-dua suspek melarikan diri dengan kereta dan mangsa dibawa ke Hospital Tengku Anis oleh penduduk kampung,” katanya yang memaklumkan itu kejadian pertama dialami sejak 13 tahun berniaga di situ.



Pekerjanya, Muhamad Rifail Danish Aiman Redhuan, 18, berkata kejadian berlaku ketika dia sedang membungkus nasi pelanggan.

Katanya, suasana malam itu sunyi dan hanya mempunyai beberapa pelanggan.

“Kami terkejut apabila dua suspek meluru ke arah mangsa tanpa bersuara, kami juga trauma dan setiap kali ada kereta berhenti kami jadi terkejut kerana teringat akan kejadian malam tadi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, mangsa cedera parah ditetak di tangan dan badan.



“Motif kejadian sedang disiasat dan sesiapa yang mempunyai maklumat kejadian boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh atau hubungi Pegawai Penyiasat Jenayah, Inspektor Mohd Afiq Ahmad di talian 016-8375504,” katanya.

Serangan tetak bertalu-talu macam dalam filem

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyiasat 1MDB Setuju Najib Tidak Gunakan Wang 1MDB Untuk Keperluan Peribadi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button