59 masjid di Gaza musnah

59 masjid di Gaza musnah

59 masjid di Gaza musnah
PENDUDUK Palestin di sekitar runtuhan Masjid the Khaled Ibn Al-Walid di selatan Gaza. FOTO AFP

Gaza: Serangan udara Israel pada Rabu merosakkan dua masjid di bandar Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza.

Ia menjadikan jumlah masjid musnah sepenuhnya dalam konflik kepada 59 dan masjid yang musnah sebahagian menjadi kepada 136, menurut Kementerian Dalam Negeri Gaza.

“Pesawat pendudukan Israel mengebom dan memusnahkan Khalid bin al-Walid dan masjid Al-Ikhlas di Khan Yunis sepenuhnya,” kata satu kenyataan kementerian itu lapor Agensi Anadolu.



Ikrami al-Mudallal, jurucakap Kementerian Wakaf di Semenanjung Gaza, menambah bahawa Israel juga menyasarkan Masjid Al-Sahwa.Pesawat Israel memusnahkan sepenuhnya Masjid Al-Sahwa di Khan Yunis, dan juga memusnahkan sepenuhnya masjid Khalid bin al-Walid dan Al-Ikhlas, kata al-Muduallah.

Beliau menambah, jumlah masjid yang dirobohkan sepenuhnya meningkat kepada 59, di samping pelbagai peringkat kerosakan kepada 136 masjid dan tiga gereja, sejak bermulanya perang Israel ke atas Gaza pada 7 Oktober.

Menyasarkan kemudahan awam seperti rumah ibadat adalah melanggar peraturan peperangan. Israel mendakwa pejuang Hamas bersembunyi di dalam dan sekitarnya.

Israel melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti ke atas Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober.



Sekurang-kurangnya 10,569 rakyat Palestin, termasuk 4,324 kanak-kanak dan 2,823 wanita, terbunuh sejak itu. Angka kematian Israel, sementara itu, hampir 1,600, menurut angka rasmi.

59 masjid di Gaza musnah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button