Penduduk lepasi kereta kebal, mayat
Penduduk lepasi kereta kebal, mayat
Gaza: Bagi penduduk Gaza yang sudah teruk berdepan kezaliman zionis akibat serangan udara Israel, ketakutan berganda menyelubungi apabila operasi darat Israel mengepung bandar Gaza.
The National melaporkan kereta kebal Israel dan kenderaan berperisai menjadi pemandangan yang semakin biasa di utara Gaza, dengan kebanyakan pertempuran sengit Israel dan pejuang Hamas dilaporkan pada waktu malam.
Kini, penembak tepat Israel mengambil kedudukan mereka di kawasan kediaman Al Karama di bahagian utara-barat Gaza.
Gerombolan keluarga membawa banyak barangan mula berjalan dari kem pelarian Al Shati yang sudah beberapa kali dibom.Pelarian melalui laluan Salahuddin yang ditandai oleh Israel untuk pemindahan ke selatan.
Bagi rakyat Palestin yang masih dalam enklaf, prospek untuk berpindah ke kawasan selamat adalah satu pengalaman traumatik.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Krisis Perikatan Nasional, Dilemma Muhyiddin dan Hadi
- Selepas Serangan Kepada UMNO Gagal, PAS Cuba Serang DAP
- Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, Apa Tujuan Demo PN Sebenarnya?
Mereka yang melarikan diri dari utara Gaza perlu berjalan melepasi kereta kebal Israel serta mayat, ketika mereka merentasi kawasan Salahuddin yang turut rosak teruk oleh bedilan kereta kebal rejim zionis yang kini ditempatkan di sana, kata saksi kepada The National.
“Orang ramai terpaksa bergerak dengan berjalan kaki di antara kereta kebal. Sebahagian daripada mereka diminta untuk menunjukkan pengenalan diri. Beberapa orang ditangkap,” kata seorang saksi.
“Akibat jalan rosak, mana-mana (pemandu) kereta yang membawa kami ke Salahuddin, terpaksa menyuruh kami berjalan sejauh beberapa kilometer sehingga kami boleh masuk ke dalam kereta semula,” katanya lagi.
Sebahagian daripada mereka sedang berjalan ke arah Hospital Al-Shifa yang kian lumpuh, kata saksi kepada wartawan. Di hospital itu, pesakit berbaring, ada di atas tilam dan ada di atas lantai.
Hospital itu menjadi tempat difikirkan selamat kepada mangsa perang dengan banyak khemah dipacak di halamannya ketika berpuluh-puluh ribu orang mencari perlindungan dan rawatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Dedahkan Muhyiddin Belanja RM500 Juta Hanya Untuk Promosi & Iklan
- Status MP Bukan Lesen Untuk Fitnah
- ‘Perang saudara’ BERSATU, Cytro Peja ‘Takut’ Che’gu Bard
Kira-kira 900,000 orang masih berada di bahagian utara di enklaf yang padat dengan penduduk, kata Kementerian Kesihatan Hamas, di mana Israel mendakwa Gaza kini dikepung.
Semasa jendela pemindahan selama empat jam pada Ahad, hampir 2,000 bergerak, diikuti kira-kira 5,000 pada Isnin, menurut pemantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Mereka mengembara dari utara ke selatan Gaza di mana kedudukan bangunan lebih rapat, ramai bersesak-sesak ke dalam bangunan kediaman bersama rakan dan ahli keluarga.
“Itulah sebabnya lebih ramai orang terbunuh dalam satu serangan udara berbanding mereka di utara,” kata saksi itu.
“Pasukan tentera Israel datang dari utara dan selatan. Mereka menyerbu dengan koordinasi penuh antara tentera darat, udara dan laut,” kata Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant dalam taklimat di televisyen.
Sekurang-kurangnya, 10,000 orang awam terbunuh dalam tempoh kira-kira sebulan pengeboman Israel.
Malah, ramai pekerja kesihatan dan bantuan juga menjadi sasaran rejim Tel Aviv.
Pada Rabu, Medicins Sans Frontiers berkata, pekerja kesihatan Mohammed Al Ahel terbunuh semasa serangan Israel ke atas kem pelarian Al Shati, manakala Palang Merah berkata dua ambulansnya diserang dalam serangan.
Penduduk lepasi kereta kebal, mayat
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :