Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram
Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram
KUALA TERENGGANU: Bangunan resort yang runtuh di Pulau Perhentian, Besut, dibina secara haram sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 2020.
Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Mohd Sukeri Ibrahim berkata, pengusaha resort pernah membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan kebenaran merancang pada Ogos 2021.
Bagaimanapun katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDB ke-14 yang diadakan pada 12 September 2021 memutuskan menolak permohonan atas beberapa sebab termasuk gagal mengemukakan pelan secara kekal.
“Pengusaha resort itu juga gagal mengemukakan dan mendapat kelulusan dasar daripada Unit Perancang Ekonomi (UPEN) serta gagal mengemukakan permohonan kebenaran merancang daripada Perancang Bandar Berdaftar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mohd Sukeri berkata demikian ketika mengulas tragedi bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian yang runtuh, pagi semalam.
Dalam kejadian itu, enam pekerja pembinaan bangunan resort itu terselamat, manakala seorang lagi pekerja dikhuatiri tertimbus.
Mengulas lanjut, Mohd Sukeri berkata, MDB juga menerima ulasan teknikal daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tidak memperakui kelulusan pelan arkitektural pada 29 Ogos lalu.
Katanya, projek pembinaan bangunan yang runtuh itu dijalankan secara haram dan tiada kelulusan kebenaran merancang, Pelan Bangunan daripada MDB.
“Siasatan dilakukan mendapati projek pembinaan bangunan resort itu dilakukan ketika pelaksanaan PKP pada 2020.
“Projek pembinaan bangunan itu dilakukan sebelum pelan kebenaran merancang dikemukakan dan diluluskan,” katanya.
Ketika mengulas kemungkinan pengusaha resort ada mengemukakan permohonan baharu, Mohd Sukeri menegaskan MDB belum menerima permohonan baharu sehingga semalam.
Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal