Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram

Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram

Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) giat mencari seorang lagi mangsa dipercayai terperangkap dalam runtuhan bangunan tiga tingkat yang sedang dalam pembinaan di Puau Perhentian. – Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU: Bangunan resort yang runtuh di Pulau Perhentian, Besut, dibina secara haram sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pada 2020.

Yang Dipertua Majlis Daerah Besut (MDB), Mohd Sukeri Ibrahim berkata, pengusaha resort pernah membuat permohonan untuk mendapatkan kelulusan pelan bangunan dan kebenaran merancang pada Ogos 2021.

Bagaimanapun katanya, Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC) MDB ke-14 yang diadakan pada 12 September 2021 memutuskan menolak permohonan atas beberapa sebab termasuk gagal mengemukakan pelan secara kekal.



“Pengusaha resort itu juga gagal mengemukakan dan mendapat kelulusan dasar daripada Unit Perancang Ekonomi (UPEN) serta gagal mengemukakan permohonan kebenaran merancang daripada Perancang Bandar Berdaftar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Sukeri berkata demikian ketika mengulas tragedi bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian yang runtuh, pagi semalam.

Dalam kejadian itu, enam pekerja pembinaan bangunan resort itu terselamat, manakala seorang lagi pekerja dikhuatiri tertimbus.

Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram
Pemandangan udara runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian. – Foto NSTP/Ghazali Kori

Mengulas lanjut, Mohd Sukeri berkata, MDB juga menerima ulasan teknikal daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang tidak memperakui kelulusan pelan arkitektural pada 29 Ogos lalu.



Katanya, projek pembinaan bangunan yang runtuh itu dijalankan secara haram dan tiada kelulusan kebenaran merancang, Pelan Bangunan daripada MDB.

“Siasatan dilakukan mendapati projek pembinaan bangunan resort itu dilakukan ketika pelaksanaan PKP pada 2020.

“Projek pembinaan bangunan itu dilakukan sebelum pelan kebenaran merancang dikemukakan dan diluluskan,” katanya.

Ketika mengulas kemungkinan pengusaha resort ada mengemukakan permohonan baharu, Mohd Sukeri menegaskan MDB belum menerima permohonan baharu sehingga semalam.



Bangunan resort runtuh di Pulau Perhentian didakwa dibina secara haram


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading