Josue bakal perkuatkan ‘jantung’ Harimau Malaya
Josue bakal perkuatkan ‘jantung’ Harimau Malaya
KEHADIRAN semula kapten Kuala Lumpur City, Paulo Josue dalam skuad Harimau Malaya bakal menghidupkan semula jentera tengah pasukan berbanding ketika kempen Pestabola Merdeka bulan lalu.
Khidmat pemain naturalisasi itu pasti melegakan pengendali pasukan, Kim Pan-gon untuk merangka strategi lebih baik bagi hadapi Kyrgyzstan di pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Khamis ini.
“Kehadiran semula Paulo Josue akan menghidupkan kembali jentera tengah pasukan apabila bermain di pusingan kelayakan nanti. Kita dapat lihat ketika Pestabola Merdeka, ketiadaan Josue membuatkan kita terlalu bergantung harap serangan dari bahagian sayap semata-mata.
Ketika Pestabola Merdeka sebelum ini, Josue terpaksa digugurkan saat akhir kerana mengalami demam denggi.
Selepas aksi Kyrgyzstan, Harimau Malaya akan melengkapkan aksi kelayakan tahun ini bertemu Taiwan di tempat lawan, 21 November ini.
Dalam senarai 25 pemain yang bakal memulakan latihan pusat hari ini (10 November), Pan-gon turut memanggil beberapa lagi pemain untuk mengisi posisi tengah.
Antaranya adalah Afiq Fazail, Endrick Dos Santos, Brendan Gan, Stuart Wilkin, Noka Laine dan Mukhairi Ajmal Mahadi.
Josue bakal perkuatkan ‘jantung’ Harimau Malaya
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :