Malaysia layak Kejohanan Berpasukan Dunia 2024

Malaysia layak Kejohanan Berpasukan Dunia 2024

Malaysia layak Kejohanan Berpasukan Dunia 2024
SKUAD lelaki negara akan kembali membuat kemunculan di pentas Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2024 selepas kali terakhir sewaktu edisi 2016. – TTAM

PETALING JAYA – Tiada yang mustahil untuk melihat pasukan ping pong negara beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 walaupun realistiknya begitu sukar.

Ia berdasarkan kejayaan pasukan lelaki dan wanita negara layak membuat penampilan pada Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2024 yang akan berlangsung di Busan, Korea Selatan bermula 16 hingga 25 Februari tahun depan.

Ketua jurulatih ping pong negara, Beh Lee Wei menyuarakan keterujaannya selepas Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) mengumumkan perkara itu semalam.



“Sejujurnya saya langsung tidak menjangka kerana prestasi kami tidak begitu baik ketika Kejohanan Berpasukan Asia. Apabila senarai pasukan ke Kejohanan Berpasukan Dunia diumumkan, saya terkejut dan ini satu perkara yang gembira.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apa Agenda Sebenar MP Perikatan Nasional Menyokong Kerajaan


“Saya dan pihak pengurusan sedang merancang untuk membuat latihan pusat yang lebih rapi, mungkin mengadakan latihan di luar negara bagi memastikan kami akan bersedia menghadapi saingan di Busan tahun hadapan,” katanya.



Malaysia layak Kejohanan Berpasukan Dunia 2024
ITTF mengumumkan Malaysia layak Kejohanan Ping Pong Berpasukan Dunia 2024 di Busan pada Februari nanti. – TTAM

Malaysia melengkapkan kuota 11 negara Asia ke kejohanan itu berdasarkan ranking dunia dan kedudukan sewaktu Kejohanan Berpasukan Asia 2023 di Pyeongchang, Korea Selatan pada September lalu.

Ketika itu, skuad lelaki menamatkan saingan di tempat ke-11, manakala pasukan wanita mengakhiri kejohanan pada kedudukan ke-15.

Sebagai rekod, Kejohanan Ping Pong Berpasukan Asia 2022 di Chengdu, China sebelum ini hanya skuad wanita negara layak bertanding dan menamatkan aksi Kumpulan 1 di tangga ketiga menerusi dua kemenangan dan dua kekalahan.

Ketika itu, skuad wanita negara menang 3-2 ke atas Amerika Syarikat dan 3-1 ke atas Kanada tetapi kekalahan 1-3 kepada Puerto Rico serta 0-3 di tangan China meranapkan impian untuk ke pusingan 16 terbaik.



Skuad lelaki negara pula kali terakhir beraksi adalah sewaktu edisi 2016 di Shah Alam yang menyaksikan mereka tewas semua perlawanan Kumpulan B kepada Perancis, Sweden, England, Jerman dan Denmark. – KOSMO! ONLINE

Malaysia layak Kejohanan Berpasukan Dunia 2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading