Tragedi Pulau Perhentian: Operasi SAR mangsa bangunan runtuh diteruskan waktu malam
Tragedi Pulau Perhentian: Operasi SAR mangsa bangunan runtuh diteruskan waktu malam
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Pulau Perhentian diteruskan pada waktu malam. – Foto BOMBABESUT: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat di Pulau Perhentian, di sini, pagi tadi diteruskan malam ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Hassan As’ari Omar berkata, operasi tidak dihentikan dengan pencarian dilakukan secara penggiliran mengikut kawasan runtuhan berkenaan.
Beliau berkata, operasi SAR yang dijalankan membabitkan pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

“Operasi masih diteruskan walaupun pada waktu malam dengan pencarian dilakukan secara manual berikutan lokasi kejadian yang jauh dari daratan yang menjadi kekangan untuk aset sampai dengan cepat di kawasan runtuhan.
“Jadi, kita terpaksa gunakan alat pemotong untuk memotong dan mengalihkan serpihan runtuhan bangunan.
“Kita berharap operasi berjalan lancar dan menemui mangsa yang dipercayai masih terperangkap dalam runtuhan dengan segera,” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan Tempat Kejadian di Pulau Perhentian di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan enam selamat manakala seorang lagi pekerja dikhuatiri tertimbus dalam runtuhan bangunan tiga tingkat yang dalam pembinaan di Pulau Perhentian di sini hari ini.
Mangsa yang dipercayai masih terperangkap dikenali sebagai warga Indoensia, Suparno berusia 40-an.
Tragedi Pulau Perhentian: Operasi SAR mangsa bangunan runtuh diteruskan waktu malam
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :