2 lelaki maut motosikal bertembung

2 lelaki maut motosikal bertembung

Keadaan dua motosikal bertembung di Jalan Kandis-Tok Bali yang menyebabkan dua lelaki maut. – Foto PDRM

BACHOK: Dua lelaki maut selepas motosikal masing-masing bertembung di Jalan Kandis-Tok Bali, di sini.

Mangsa berusia 54 dan 21 tahun, masing-masing menunggang motosikal jenis Sport Bonus dan Yamaha 125 ketika nahas kira-kira jam 11.35 malam itu.

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin, berkata hasil siasatan awal mendapati mangsa pertama berusia 54 tahun dari arah Tok Bali, manakala penunggang kedua berusia 21 tahun dari arah bertentangan.



“Penunggang kedua datang secara tiba-tiba dari arah bertentangan, menyebabkan kedua-dua motosikal bertembung,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mangsa pertama jatuh di laluan sama, manakala motosikal dan mangsa kedua terbabas ke sebelah kiri jalan sebelum kedua-dua lelaki itu disahkan meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian dada dan kepala.

“Mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

2 lelaki maut motosikal bertembung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading