Enam bulan ‘bertapa’ di pusat beli-belah

Enam bulan ‘bertapa’ di pusat beli-belah

Enam bulan 'bertapa' di pusat beli-belah
LELAKI ditangkap duduk di tangga pusat beli-belah lebih enam bulan. FOTO Agensi

Beijing: Selama lebih enam bulan, tiada sesiapa pun menyedari lelaki ini tinggal di bawah tangga sebuah pusat beli-belah popular di Shanghai, China.

Rahsia lelaki itu hanya terbongkar selepas pengawal keselamatan pusat berkenaan menemukannya, 30 Oktober lalu.

Berdasarkan video tular dimuat naik White Deer, lelaki muda itu memasang khemah tidur di bawah tangga tersorok di bangunan pusat beli belah itu.



Dia turut meletakkan meja kecil dan kerusi pejabat di dalamnya.

Dia mengecas komputer riba dan telefon bimbitnya dari kedai elektrik pusat beli-belah dan berjaya mengekalkan gaya hidup sederhana.

Lelaki itu dilihat bersantai di kerusinya sambil menggunakan telefonnya di sebelah khemah .

Gelagat lelaki itu dirakam dalam kamera keselamatan bangunan itu, sebelum pengawal keselamatan menangkapnya.



Siasatan lanjut mendapati, lelaki itu berpindah ke pusat beli-belah itu lebih enam bulan lalu.

Dia dilaporkan sudah mendapat kebenaran daripada salah seorang pengawal keselamatan dengan alasan memerlukan tempat sunyi dan tersorok untuk belajar bagi menghadapi peperiksaan kemasukan kolej.

Dia turut berjanji dengan pengawal keselamatan itu bahawa dia akan keluar dari situ selepas peperiksaan penting itu.

Sehingga kini, tidak pasti apa berlaku kepada pengawal keselamatan yang membenarkannya menetap di situ.



Kisah lelaki itu meraih pelbagai reaksi pengguna media sosial, dengan sesetengah orang mendakwa dia umpama ‘parasit’ yang merugikan syarikat di pusat membeli-belah itu.

Selain itu, segelintir netizen memuji kebolehan lelaki itu menjimatkan sewa bulanan dengan duduk di situ tanpa disedari sesiapa.

Enam bulan ‘bertapa’ di pusat beli-belah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button