Singa terlepas dari sarkas cetus panik
Singa terlepas dari sarkas cetus panik
Rom: Seekor singa yang terlepas dari sarkas, semalam, mencetuskan panik sekali gus menyebabkan sebuah bandar di Itali diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Berikutan itu, penduduk Ladispoli diarahkan duduk di dalam rumah masing-masing.
Video tular di media sosial menunjukkan, singa dikenali sebagai Kimba itu berkeliaran di kawasan kejiranan tempatan hingga menyebabkan segelintir orang terperangkap di dalam kereta.
Penduduk yang ketakutan merakam aksi singa itu dari dalam rumah mereka ketika haiwan itu berkeliaran dalam gelap.Datuk Bandar Ladispoli, Alessandro Grando mengeluarkan amaran kepada penduduk tempatan di media sosial sambil mendakwa, polis membantu kakitangan sarkas mencari haiwan itu.
Katanya, sebenarnya, beliau tidak membenarkan pembukaan sarkas dengan singa di bandar itu, namun tidak mempunyai kuasa untuk menghalangnya.
Kira-kira 3 petang, tiga pegawai veterinar bersenjatakan senapang menembak singa itu dengan ubat penenang, namun usaha itu gagal selepas ia bangun dan beredar, menurut media tempatan, Corriere della Sera.
Polis dan pihak sarkas kemudian meluangkan masa beberapa jam lagi mengejar haiwan itu sebelum akhirnya membiusnya buat kali kedua, kira-kira 8.30 malam.
Namun, singa itu sekali lagi boleh bangun dan menghilangkan diri.
Selepas tujuh jam hilang, Kimba akhirnya ditangkap selepas terperangkap di dalam paya di Sanguinara, kira-kira 10 malam.
Pihak berkuasa kini sedang meneliti bagaimana haiwan itu melarikan diri dari sangkarnya di sarkas Rony Roller.
Singa terlepas dari sarkas cetus panik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal