Sembilan gerai makanan di Teluk Kemang terbakar

Sembilan gerai makanan di Teluk Kemang terbakar

Sembilan gerai makanan di Teluk Kemang terbakar
Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran. – Foto ihsan FB Ustaz Fatah Zakaria

SEREMBAN: Sembilan gerai makanan musnah dalam satu kebakaran di hadapan Dataran Teluk Kemang, Port Dickson, malam ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Kemang, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Mohd Kamal Mohd Timar, berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian kebakaran deretan gerai itu pada jam 7.16 malam.

“Setiap gerai berkeluasan 10×10 kaki persegi dan daripada sembilan gerai berstruktur kayu yang terbabit, empat daripadanya musnah 100 peratus manakala lima lot lagi terbakar 25 peratus.



“Tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kebakaran. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih disiasat,” katanya menerusi kenyataan, malam ini.– BERNAMA

Sembilan gerai makanan di Teluk Kemang terbakar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button