Simpan wang hasil pecah rumah dalam akaun bank kakak

Simpan wang hasil pecah rumah dalam akaun bank kakak

Simpan wang hasil pecah rumah dalam akaun bank kakak
Foto hiasan.

BEAUFORT: Penahanan dua beradik membongkar kegiatan jenayah pecah rumah di daerah ini. keseluruhannya membabitkan kerugian dianggar RM78,000.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Ismail Abdullah, berkata suspek lelaki berusia lingkungan 20-an ditahan di Kota Kinabalu pada 7 November lalu, manakala kakaknya ditahan sehari kemudian.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, lelaki berkenaan disyaki terbabit beberapa kes pecah rumah dan ceroboh di daerah ini dan Kota Kinabalu.



“Hasil siasatan awal mendapati suspek disyaki terbabit kes pecah rumah di Beaufort pada 5 November lalu yang mengakibatkan kerugian wang tunai RM78,000. Dia disyaki memasukkan wang hasil jenayah itu ke beberapa akaun bank milik ahli keluarga,” katanya.

Rabu lalu, katanya, sepasukan anggota D4 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah dibantu pasukan serbuan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menahan wanita lingkungan 30-an, iaitu kakak suspek kerana disyaki menggunakan akaun banknya untuk menerima wang daripada suspek.

“Rampasan wang tunai berjumlah RM30,320 berjaya dibuat sepanjang tempoh siasatan kes ini. Suspek wanita direman di IPD Beaufort selama tujuh hari bermula 9 November bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

“Suspek lelaki pula masih ditahan di IPD Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut kes-kes pecah rumah di Kota Kinabalu,” katanya.



Simpan wang hasil pecah rumah dalam akaun bank kakak

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading