Anies, Ganjar, Prabowo calon Presiden Indonesia 2024
Anies, Ganjar, Prabowo calon Presiden Indonesia 2024

Jakarta: Bekas gabenor Jakarta Anies Baswedan, bekas gabenor Jawa Tengah Ganjar Pranowo dan Menteri Pertahanan Prabowo Subianto berjaya memenuhi kriteria untuk menjadi calon Pilihan Raya Presiden Indonesia.
Kesemua calon presiden dan naib presiden sudah menyelesaikan proses pengesahan, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU).
Pesuruhjaya Idham Holik dalam sidang media pada Isnin berkata proses itu dilaksanakan bagi memastikan kesemua calon memenuhi keperluan dan kriteria yang ditetapkan untuk pilihan raya yang dijadualkan pada 14 Februari 2024.
Beliau berkata calon presiden dan naib presiden masing-masing telah mendaftar secara rasmi dengan KPU, termasuk gandingan Anies-Muhaimin Iskandar, Ganjar-Mahfud MD dan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka.Muhaimin Iskandar yang juga dikenali sebagai Cak Imin ialah presiden Parti Kebangkitan Negara (PKB).
Mahfud MD pula adalah Menteri Koordinator bagi Hal Ehwal Politik, Perundangan dan Keselamatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Presiden Parti MUDA bakal bergelar banduan
- Siapa Presiden BERSATU selepas Muhyiddin?
- Mahathir Membantu Atau ‘Membunuh’ Teknokrat Melayu Di Era Beliau
Gibran, 36, pula ialah anak sulung kepada Presiden Joko Widodo dan datuk bandar Solo di Jawa Tengah.
Anies-Muhaimin Iskandar dicalonkan oleh Parti Nasdem, Parti Kebangkitan Negara (PKB) dan Parti Keadilan Sejahtera (PKS).
Pencalonan Ganjar-Mahfud MD pula dikemukakan oleh Parti Perjuangan Demokrasi Indonesia (PDIP), Parti Pembangunan Bersatu (PPP), Parti Perindo dan Parti Nurani Rakyat (Hanura).
Prabowo-Gibran dicadangkan oleh Parti Gerindra, Golkar, Parti Amanat Nasional (PAN), Parti Solidariti Indonesia (PSI), Parti Bulan Sabit (PBB), Parti Demokrat, dan Parti Garuda.
Senarai pengundi berdaftar untuk pilihan raya 2024 melebihi 204 juta, peningkatan sebanyak 12 juta pengundi berbanding pilihan raya 2019, menurut KPU.
Anies, Ganjar, Prabowo calon Presiden Indonesia 2024
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Syed Saddiq Menjadi Mangsa Kezaliman Politik Dendam
- Mampukah PPBM Bertahan Sehingga PRU 16?
- Siti Mastura Adalah Contoh Manusia Bijak Tanpa Akal
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :