Joko Widodo desak Joe Biden bantu tamatkan kekejaman terhadap Gaza

Joko Widodo desak Joe Biden bantu tamatkan kekejaman terhadap Gaza

Joko Widodo desak Joe Biden bantu tamatkan kekejaman terhadap Gaza
Presiden AS Joe Biden bertemu dengan Presiden Indonesia Joko Widodo di Rumah Putih di Washington, A.S., pada 13 November 2023. FOTO REUTERS

Washington: Presiden Indonesia Joko Widodo mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk melakukan lebih banyak lagi usaha untuk menamatkan kekejaman di Gaza dan membantu mewujudkan gencatan senjata.

Beliau ke Rumah Putih pada Isnin bagi rundingan bertujuan untuk mempamerkan peningkatan dalam hubungan antara Indonesia dan Amerika Syarikat menjelang pertemuan Biden dengan Presiden China Xi Jinping minggu ini.

Bagaimanapun perang Israel-Hamas membayangi rundingan itu



“Indonesia merayu kepada AS untuk melakukan lebih banyak lagi usaha bagi menghentikan kekejaman di Gaza.

“Gencatan senjata adalah satu kemestian demi kemanusiaan,” kata Jokowi, pemimpin negara majoriti Muslim paling ramai penduduk di dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia




Ahad lalu, Presiden Indonesia itu berkata beliau akan membawa kepada Biden “mesej yang sangat kuat” daripada sidang kemuncak bersama pemimpin Arab dan Islam di Riyadh pada hujung minggu yang mengecam Israel dan menggesa gencatan senjata.

Jokowi berkata beliau akan “menyampaikan mesej khusus daripada Presiden Mahmoud Abbas dari Palestin, yang meminta saya menyampaikannya kepada Presiden Biden,” mengenai perang.

Bagaimanapun Biden tetap fokus pada rancangan untuk meningkatkan kerjasama dengan Indonesia ke tahap tertinggi, yang dipanggil perkongsian strategik komprehensif.

Washington cuba membina pakatan di rantau Asia-Pasifik ketika China menjadi kehadiran yang semakin tegas.



“Ini akan menandakan era baharu hubungan antara Amerika Syarikat dan Indonesia secara menyeluruh,” kata Biden.

Joko Widodo desak Joe Biden bantu tamatkan kekejaman terhadap Gaza


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pemimpin PAS Terus Menunggang Isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan Untuk Kekalkan Populariti

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button