Penonton merusuh, empat polis cedera

London: Empat anggota polis cedera selepas penyokong mencabut kerusi, membaling objek dan suar ketika pertembungan West Ham dan Anderlecht semalam.

Polis pencegah rusuhan cuba memisahkan penyokong kedua-dua pasukan dalam rusuhan yang berlaku sejurus sebelum tamat perlawanan Liga Konferens Eropah yang dimenangi Hammers 2-1.

Seorang polis cedera di kepala terkena kerusi dan seorang lagi patah pergelangan tangan manakala keseluruhannya empat polis mengalami kecederaan dengan dua daripada mereka memerlukan rawatan lanjut.



Seorang lelaki ditahan selepas menyerang polis dan 12 lagi ditahan atas pelbagai kesalahan.

Anderlecht kemudiannya meminta maaf di atas insiden itu yang akan disiasat Uefa selepas suar dibaling ke tempat duduk penyokong West Ham. Petugas keselamatan turut terpaksa menyekat penyokong Anderlecht yang cuba menceroboh padang.

Jurucakap Anderlecht ketika mengulas mengenai insiden itu berkata: “Kami meminta maaf kepada West Ham. Kami tidak bertolak ansur dengan keganasan dan kesal dengan tingkah laku penyokong kami.”

Suar turut dilontar sebelum sepak mula yang hampir jatuh ke padang tetapi ketegangan memuncak sebelum perlawanan tamat.



Petugas keselamatan sukar mengawal keadaan sehingga memaksa polis pencegah rusuhan dipanggil ketika tempoh 10 minit terakhir perlawanan.

METRO


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading