Suhu panas melampau, Taylor Swift batal konsert selepas peminat maut

Suhu panas melampau, Taylor Swift batal konsert selepas peminat maut

Suhu panas melampau, Taylor Swift batal konsert selepas peminat maut
(FOTO FAIL) Taylor Swift ketika melakukan persembahan di Inglewood, California. FOTO AFP

Rio De Janeiro: Penyanyi Taylor Swift menangguhkan persembahannya pada Sabtu di Rio de Janeiro kerana panas terik, sehari selepas kematian seorang peminat yang jatuh sakit di tempat konsert.

Swift menerusi hantaran di Instagram berkata, keselamatan dan kesejahteraan peminat menjadi keutamaan dalam persembahannya.

“Keputusan sudah dibuat untuk menangguhkan pertunjukan malam ini kerana suhu yang melampau di Rio.



“Keselamatan dan kesejahteraan peminat saya, rakan penghibur dan kru perlu, dan sentiasa akan diutamakan,” tulisnya kira-kira dua jam sebelum dia naik ke pentas.

Penganjur acara T4F dalam kenyataan di Instagram berkata, Ana Clara Benevides, 23, tidak sihat ketika berada di stadium Nilton Santos semasa pertunjukan pada Jumaat sebelum meninggal dunia di hospital.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka




Punca kematiannya belum diketahui dan masih dalam siasatan, kata perkhidmatan kesihatan negeri Rio.

Rio pada Jumaat mencecah rekod tertinggi indeks haba yang menggabungkan suhu dan kelembapan, pada 59.3 darjah Celsius.

Pada Sabtu pula, indeks haba memuncak pada 59.7 darjah Celsius (139.5).

Kira-kira 60,000 peminat sudah berkumpul pada Jumaat untuk konsert pertama Swift yang terjual habis di stadium terbuka, yang terletak di kawasan kejiranan utara yang lebih panas jauh dari pantai berangin Rio.



Swift juga dijadualkan membuat persembahan di Rio pada Ahad, diikuti dengan tiga pertunjukan di São Paulo dari 24 hingga 26 November.

T4F berkata pertunjukan Sabtu ditunda ke Isnin.

Peminat Swift di luar stadium yang sanggup menunggu di bawah panas terik menangis ketika dimaklumkan mengenai pembatalan persembahan itu.

Sebelumnya konsert yang berlangsung pada Jumaat, beberapa peminat jatuh sakit hingga mengganggu persembahan Swift dan meminta pasukan produksi memberi mereka air.



Swift dalam catatan di Instagram mengakui terkesan dengan berita kematian peminatnya itu.

Setiausaha Pengguna Kebangsaan Wadih Damous menyiarkan di aplikasi X (dahulu Twitter) bahawa kerajaan mengarahkan T4F untuk menyediakan air di semua konsert Swift di Brazil.

Bagaimanapun, T4F berkata bahawa badan awam melarang masuk dengan botol air, dan ia tidak terbabit dalam penjualan makanan dan minuman di dalam stadium.

Susulan kematian Benevides, Menteri Kehakiman Flavio Dino mengumumkan bahawa kerajaan akan mengeluarkan arahan membenarkan botol air dibawa ke konsert.



“Syarikat yang menghasilkan rancangan dengan pendedahan haba yang tinggi mesti menyediakan air minuman percuma di ‘pulau penghidratan.’ Langkah itu berkuat kuasa serta-merta,” katanya di X.

Suhu panas melampau, Taylor Swift batal konsert selepas peminat maut


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button