MR DIY catat untung bersih RM123.95j

MR DIY catat untung bersih RM123.95j

MR DIY catat untung bersih RM123.95j
MR DIY catat untung bersih RM123.95j

Kuala Lumpur: MR DIY Group (M) Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM123.95 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2023 berbanding RM101.18 juta pada tempoh sama tahun lalu sejajar dengan perolehan dan keuntungan bersih yang tinggi.

Peruncit perkakasan dan keperluan rumah itu berkata, perolehan meningkat kepada RM1.07 bilion berbanding RM966.17 juta, didorong terutamanya oleh sumbangan positif daripada kedai baharu.

Rangkaian kedai kumpulan itu menokok 16.4 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sama iaitu daripada 1,038 kedai kepada 1,208 kedai, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.



Sehubungan itu, jumlah transaksi meningkat sebanyak 16.3 peratus tahun ke tahun daripada 35.8 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2022 kepada 41.6 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2023.

Bagaimanapun, keadaan ini sebahagiannya diimbangi oleh purata jumlah produk yang dibeli dalam satu pembelian yang lebih rendah, dengan penurunan 5.1 peratus tahun ke tahun terutama disebabkan sentimen lemah dalam kalangan pengguna.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Benarkah Shahidan Kassim Adalah MP PAS Yang Akan Beralih Ke Blok Kerajaan?




Sementara itu, keuntungan kasar menokok sebanyak 20.9 peratus tahun ke tahun kepada RM479.5 juta.

Bagi tempoh sembilan bulan itu, keuntungan bersih naik kepada RM402.04 juta berbanding RM336.87 juta berikutan perolehan tinggi berjumlah RM3.21 bilion daripada RM2.92 bilion.

Kumpulan itu telah mengumumkan dividen interim satu peringkat sebanyak 0.8 sen sesaham berjumlah kira-kira RM75.5 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif Adrian Ong dalam kenyataan berasingan berkata, secara keseluruhannya, prestasi suku ketiga tahun kewangan 2023 mencapai jangkaan kumpulan, dengan mencatat perolehan tahun ke tahun dan pertumbuhan pendapatan bersih.



Keadaan ini mencerminkan daya tahan perniagaan itu, terutamanya ketika persekitaran peningkatan inflasi dan kadar faedah berterusan sehingga menjejaskan pendapatan boleh guna isi rumah dan sentimen pengguna, selain ketiadaan sebarang perayaan pada suku berkenaan.

Beliau berkata, penambahan premis kumpulan itu bagi tahun kewangan 2023 sebahagian besarnya berada di landasan, untuk membuka sekurang-kurangnya 57 kedai membabitkan ketiga-tiga jenamanya pada suku keempat tahun kewangan 2023.

“Kumpulan juga berkongsi pelan pertumbuhan lima tahun dan sasaran pembukaan kedai sebanyak 2,000 menjelang tahun kewangan 2028 membabitkan jenama utamanya, dengan keutamaan kepada jenama MR DIY,” katanya.

MR DIY catat untung bersih RM123.95j

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PMX Bidas Mantan Menteri PN Yang Menunggang Isu Undang Undang Syariah

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button