HONOR Malaysia Hargai Peserta Tempah Awal HONOR X9b 5G

Tawar Cabutan Bertuah Bernilai Lebih RM66,000!

HONOR Malaysia Hargai Peserta Tempah Awal HONOR X9b 5G

<yoastmark class=

HONOR Malaysia ingin memberi penghargaan kepada peserta tempah awal yang telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM9 untuk peranti ini sebelum pelancaran dan pengumuman harga.

Susulan itu, HONOR Malaysia menawarkan hadiah cabutan bertuah bernilai lebih RM66,000 kepada peserta tersebut.



Pemenang Cabutan Bertuah: Bonanza Pulangan Tunai!

Seramai 20 peserta bertuah bakal menerima pulangan tunai PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go bernilai RM 1,500 dan ganjaran ini berbaloi dengan harga HONOR X9b 5G sebanyak RM 1,499.

Manakala 100 peserta lagi memenangi pulangan tunai PIN Tambh Nilai Touch ‘n Go bernilai RM100.

Sementara seramai 999 peserta mendapat cabutan bertuah tiket percuma menyaksikan filem aksi War On Terror: KL Anarki yang ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?




Pengumuman cabutan bertuah telah dilakukan di Facebook HONOR Malaysia dan senarai pemenang boleh disemak website rasmi HONOR.

Pemenang akan dihubungi Khidmat Pelanggan HONOR dan PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go akan dihantar ke emel pada 27 November 2023.

Sementara kod penebusan tiket War On Terror: KL Anarki telah dihantar ke emel pemenang.



HONOR X9b 5G: Kegemaran Rakyat Malaysia

Berdasarkan maklum balas pelanggan di seluruh negara, ramai tertarik dengan HONOR x9b 5G selepas menonton video promosi di media sosial selain harga peranti tersebut yang mampu milik.

Sejak dilancarkan awal bulan ini, HONOR X9b 5G mendapat pujian kerana rekaan skrin yang canggih dan rintangan jatuh untuk kekal bertahan apabila terjatuh dari pelbagai sudut.

Ini termasuk mampu bertahan daripada tembakan peluru paint ball.

HONOR X9b 5G merupakan telefon pintar mid-range pertama di Malaysia yang dikuasakan cipset Qualcomm® Snapdragon® 6 Gen 1 serta didatangi bateri berkapasiti besar 5800mAh.



Ditawarkan pada harga RM 1,499, HONOR X9b 5G mencetuskan fenomena kerana memenuhi semua kriteria sebagai telefon pintar Tahan Lasak Semua Sudut.

Peranti ini turut didatangi dengan hadiah percuma bernilai RM 759, termasuk Perlindungan Retak Depan & Belakang 365 Hari serta HONOR CHOICE Earbuds X5.

Untuk maklumat lanjut tentang HONOR X9b 5G, layari https://bit.ly/HONORX9bPR .

HONOR Malaysia Hargai Peserta Tempah Awal HONOR X9b 5G

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button