Sime Darby Property umum komitmen capai pelepasan karbon sifar bersih

Sime Darby Property umum komitmen capai pelepasan karbon sifar bersih

Sime Darby Property umum komitmen capai pelepasan karbon sifar bersih
Azmir (dua dari kanan) dan Yasmin (dua dari kiri) pada majlis pengumuman Sime Darby mengurangkan pelepasan karbon menjelang tahun di Petaling Jaya semalam.

PETALING JAYA –  Sime Darby Property mengumumkan komitmen untuk mencapai pelepasan karbon Sifar Bersih menjelang 2050, dengan merujuk kepada sasaran ­berasaskan sains untuk mengehadkan kenaikan suhu global kepada 1.5 darjah Celsius.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Azmir Merican berkata, pihaknya berhasrat untuk mengurangkan pelepasan karbon Skop 1 dan 2 sebanyak 40 peratus menjelang 2030 dan telah menggariskan beberapa inisiatif bagi mencapai tujuan tersebut.

Ini termasuk memperbaharui asetnya dengan teknologi cekap tenaga dan menggalakkan kakitangan untuk mengamalkan tingkah laku mementingkan penjimatan tenaga, di samping peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui dalam operasi.



“Operasi, produk dan ran­taian bekalan adalah elemen yang saling berkaitan dalam ekosistem perniagaan kami dan usaha mengubahnya bukan sekadar satu keperluan, malah merupakan satu peluang.

“Dengan menerima inovasi dan amalan mampan, kami ­menyelaraskan dengan matlamat alam sekitar dan juga menjadikan syarikat kalis masa depan,” katanya pada majlis pe­ngumuman di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?




Azmir menambah, perjalanan ke arah sifar bersih bukan hanya mengenai mengurangkan impak, sebaliknya melakukan lebih ba­nyak kebaikan.

“Ia adalah mengenai menerapkan pemikiran penambahbaikan berterusan, melangkaui sempadan dan kepimpinan melalui teladan.

“Gelombang ini adalah lebih daripada sekadar melibatkan Sime Darby Property, sebaliknya ia akan mempengaruhi seluruh industri, memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta dan secara kolektif menyumbang kepada dunia yang lebih mampan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Besar Kelestarian Sime Darby Property, Yasmin Rasyid berkata, pihak­nya bakal mengumumkan pelan untuk mencapai komitmen ke­lestariannya secara lebih terperinci pada suku pertama 2024.



“Ia akan turut memperincikan angka, peratusan dan sela masa bagi mencapai matlamat ini,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

 

Sime Darby Property umum komitmen capai pelepasan karbon sifar bersih

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading