PCG catat untung bersih RM439 juta, pendapatan cecah RM6.8 bilion

PCG catat untung bersih RM439 juta, pendapatan cecah RM6.8 bilion

PCG catat untung bersih RM439 juta, pendapatan cecah RM6.8 bilion
Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof.

Kuala Lumpur: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan keuntungan selepas cukai RM439 juta bagi suku ketiga 2023, disokong oleh pendapatan sebanyak RM6.8 bilion di tengah-tengah cabaran operasi dan pasaran semasa tempoh dikaji.

Pendapatan kumpulan merosot lima peratus daripada RM7.1 bilion pada suku kedua 2023 disebabkan oleh volum jualan lebih rendah di tengah-tengah permintaan lemah berterusan berpunca kelembapan dalam sektor pembuatan global.

Segmen bahan khusus yang menyumbang 22 peratus kepada pendapatan kumpulan menyaksikan aktiviti melupuskan stok berikutan persaingan sengit, terutamanya di Eropah.



Secara terkumpul selama sembilan bulan, PCG merekodkan pendapatan sebanyak RM21.5 bilion dan keuntungan selepas cukai RM1.6 bilion.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Ir Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata, pada suku ketiga 2023, kumpulan menjalankan pemulihan loji di kilang ammonia di Kerteh dan penutupan terancang kilang baja di Bintulu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?


“Selain itu, kami berdepan penutupan tidak berjadual kilang metanol di Labuan, selain kilang Methyl tert-butyl ether dan propane dehydrogenation (PDH) di Gebeng.

“Aktiviti ini kemudian sudah diselesaikan dan kumpulan kini beroperasi dengan normal pada tahap penggunaan di atas 85 peratus.



“Dari segi pasaran, kami menyaksikan sedikit pemulihan permintaan untuk beberapa bahan kimia, namun margin secara keseluruhan masih termampat,” katanya dalam kenyataan.

Berbanding suku kedua 2023, segmen olefin dan derivatif menyaksikan harga purata produk susut kira-kira empat peratus berikutan permintaan lemah dan bekalan yang mencukupi, manakala segmen baja dan metanol menyaksikan peningkatan terutama bagi urea disebabkan oleh bekalan spot yang terhad serta larangan eksport China.

“Rali sementara dalam harga produk kimia terpilih sudah mula turun menuju ke penghujung tahun. Kelembapan bermusim dijangka bagi olefin dan derivatif memandangkan kebanyakan pembeli sedang menguruskan komitmen penggal mereka.

“Baja mungkin mendapat sokongan daripada jangkaan penghantaran tender India pada Disember, sempena musim penuaian di Asia Selatan.

“Segmen bahan khusus terus terkesan oleh ketidaktentuan makroekonomi, dengan sedikit pemulihan dalam sektor automotif dan pengangkutan dengan disokong oleh pemulihan dalam industri perjalanan serta pelancongan,” katanya.

PCG catat untung bersih RM439 juta, pendapatan cecah RM6.8 bilion

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker