Perodua, Tourism Malaysia jalin kerjasama tiga tahun

Perodua, Tourism Malaysia jalin kerjasama tiga tahun

Perodua, Tourism Malaysia jalin kerjasama tiga tahun
PENGARAH Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, Mohd Roslan Abdullah (dua dari kiri) bersama Pengarah Sokongan Korporat 1, Perodua Auto Corporation Sdn Bhd, Noor Zakiyah Hasan menandatangani dokumen sambil diperhatikan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr Ammar Ab Ghapar dan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad ketika majlis menandatangani Memorandum Kolaborasi (MOC) antara Lembaga Promosi Tourism Malaysia dan Perodua. – FOTO NSTP

Kuala Lumpur: Tourism Malaysia dan Perodua memeterai memorandum kerjasama (MoC) selama tiga tahun bagi mempromosikan sektor pelancongan di negara ini.

Perjanjian itu berkuatkuasa dari 2024 hingga 2026 yang mana berlandaskan komitmen bersama untuk memajukan sektor pelancongan di Malaysia, memudahkan kebolehcapaian, dan meningkatkan pengalaman pelancong secara keseluruhan.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Dr Ammar Abd Ghapar berkata, pihaknya teruja dengan kerjasama yang terjalin antara kedua-dua pihak.



“Kami teruja untuk memulakan perjalanan baharu dengan Perodua. Kerjasama kami ini menandakan komitmen bersepadu dalam menjadikan Malaysia negara yang menarik kepada pelancong.

“Dengan gabungan ini, kami boleh menyediakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh pelancong termasuklah merasai sendiri kecantikan, kepelbagaian dan kemesaraan negara kita,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perebutan antara ‘Kartel’ bermula dalam BERSATU?




Beliau berkata demikian pada Majlis Memeterai Memorandum Kerjasama antara Tourism Malaysia dan Perodua, di sini, hari ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, kerjasama ini dan objektifnya adalah selari dengan inisiatif ‘mobiliti adalah gaya hidup’ Perodua.

“Menerusi MoC ini, Perodua boleh mengembangkan model perniagaan baharunya, khasnya langganan kenderaan, dan dalam masa sama mendapat maklum balas masa sebenar daripada pelancong asing mengenai pandangan mereka terhadap Perodua.

“Kerjasama ini juga dijangka membawa kepada era yang menarik bagi industri pelancongan di Malaysia serta menjanjikan manfaat kepada negara, pelancong dan persekitarannya,” katanya.



Menurutnya, melalui kerjasama itu, Perodua dan Tourism Malaysia bekerjasama untuk menawarkan pakej lengkap membabitkan langganan kereta dan penginapan.

Malah, kedua-dua pihak sedang mengenal pasti pakej menarik untuk ditawarkan kepada pelancong dengan jumlah kenderaan yang akan disediakan masih di peringkat perbincangan.

Perodua, Tourism Malaysia jalin kerjasama tiga tahun


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button