3 maut, letupan dalam gimnasium universiti

3 maut, letupan dalam gimnasium universiti

3 maut, letupan dalam gimnasium universiti
ANGGOTA keselamatan mengawal keadaan dalam gimnasium Universiti Mindanao yang berlaku letupan hingga mengorbankan tiga orang. FOTO FB Kerajaan Wilayah Lanao Del Sur.

Manila: Sekurang-kurangnya tiga orang maut dan tujuh lagi cedera dalam letupan di sebuah universiti di selatan Filipina hari ini.

Menurut Ketua Polis Allan Nobleza, letupan berlaku di gimnasium Universiti Mindanao yang terletak di Marawi, bandar Islam terbesar negara berkenaan.

Ketika kejadian pada 7 pagi waktu tempatan, penuntut dan pensyarah berkumpul untuk perjumpaan Katolik di gimnasium berkenaan.



Polis sedang menyiasat jenis bahan letupan yang digunakan dan memburu suspek bertanggungjawab.

Gabenor Wilayah Lanao del Sur, Mamintal Alonto Adiong Jr mengutuk serangan letupan itu.

“Di wilayah ini, kami menjunjung hak asasi manusia, dan itu termasuk hak untuk beragama.

“Serangan pengganas ke atas institusi pendidikan juga harus dikecam kerana ini adalah tempat yang menggalakkan budaya keamanan dan membentuk belia kita untuk menjadi pembentuk masa depan negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dilapor Al Jazeera.



Universiti Mindanao pula dilapor ‘sangat sedih dan terkejut’ dengan serangan itu dan memaklumkan menggantung kelas sehingga diberitahu kelak.

“Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak masuk akal dan mengerikan ini. Kami mengucapkan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka, serta komited untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada mereka yang terjejas akibat tragedi ini,” katanya.

 

3 maut, letupan dalam gimnasium universiti




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading