Menara abad ke-12 dibimbangi runtuh

Menara abad ke-12 dibimbangi runtuh

Menara abad ke-12 dibimbangi runtuh
MENARA Garisenda dan Asinelli. FOTO web pelancongan Bologna-Modena.

Paris: Menara Garisenda di bandar Bologna, Itali yang condong seperti menara terkenal Pisa ditutup kerana dibimbangi akan runtuh.

Pihak berkuasa sudah mula membina penghadang setinggi 5 meter (m) di sekitar menara abad ke-12 itu untuk menahan serpihan sekiranya ia jatuh.

Majlis perbandaran menyifatkan situasi dialami menara setinggi 47m yang condong pada sudut empat darjah sebagai “sangat kritikal”.



Menara Garisenda ialah salah satu daripada dua menara yang mendominasi langit Bologna. Satu lagi ialah Menara Asinelli yang dua kali lebih tinggi dan condong namun tidak begitu dramatik, serta dibuka kepada pelancong yang mahu mendaki.

Struktur itu dibina antara tahun 1109 dan 1119, dengan ketinggian Garisenda dikurangkan pada abad ke-14 kerana ia sudah mulai condong.

Tapak itu pertama kali ditutup pada Oktober lalu selepas dikesan mengalami perubahan pada tahap kecondongan dan pemeriksaan lanjut mendedahkan kemerosotan bahan yang membentuk asasnya.

Majlis perbandaran melancarkan apa yang dipanggil pelan perlindungan awam untuk memelihara menara dan berkata, kerja yang kini sedang dimulakan “mewakili fasa pertama untuk menjadikannya selamat”.



Menurutnya, selain mengandungi serpihan, penghalang itu akan melindungi bangunan dan orang sekeliling sekiranya berlaku keruntuhan.

Katanya, jaring logam juga akan dipasang di sekitar menara dan pembinaan penghadang itu dijangka siap pada awal tahun depan.

Menara dan plaza di bawahnya dijangka ditutup untuk beberapa tahun sementara kerja pemulihan berlangsung dan kos membina penghalang sahaja dianggar mencecah €4.3 juta (RM21.89 juta).

Untuk itu, majlis perbandaran melancarkan dana awam untuk menampung kerja pemulihan itu, malah projek dianggap sebagai ‘cabaran luar biasa’ serta memerlukan komitmen seluruh warga kota.

Menara abad ke-12 dibimbangi runtuh


 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker