Terus perang hingga capai matlamat – Netanyahu

Terus perang hingga capai matlamat – Netanyahu

Terus perang hingga capai matlamat - Netanyahu
LETUPAN dirakam dari selatan Gaza susulan serangan Israel selepas berakhirnya gencatan senjata. FOTO AFP.

Gaza: Israel dan Hamas menepis gesaan antarabangsa untuk memperbaharui gencatan senjata yang berakhir pada Jumaat, dengan serangan udara berterusan di Gaza dan kumpulan pejuang melancarkan roket ke wilayah diduduki.

Asap sekali lagi menyelubungi langit di utara wilayah Palestin, yang kerajaan Hamas dakwa seramai 240 orang sudah terkorban sejak jeda kemanusiaan berakhir dan pertempuran disambung semula.

Komando barisan hadapan tentera Israel melaporkan 40 amaran peluru berpandu di selatan dan tengah negara, manakala kumpulan Hamas dan Jihad Islam mengumumkan serangan roket terhadap beberapa bandar Israel termasuk Tel Aviv.



“Lebih 250 roket sudah dilepaskan ke Israel sejak pagi Jumaat,” kata jurucakap tentera Israel, Leftenan Kolonel Peter Lerner.Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih dua pertiga daripada anggaran 1.7 juta penduduk di Gaza kehilangan tempat tinggal akibat perang yang berlarutan lapan minggu.

Ketua doktor di Hospital Arab Al-Ahli, Fadel Naim berkata, hospital itu menerima 30 mayat semalam, termasuk tujuh kanak-kanak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Kenapa Di Kecam Penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Perguruan?




Penduduk, Nemr al-Bel, 43, pula memberitahu AFP, tiga bom yang dilepaskan memusnahkan tiga bangunan kediaman yang didudukinya dan saudara.

“Seramai 10 ahli keluarga saya meninggal dunia dan 13 lagi masih di bawah runtuhan,” katanya.

PBB mengisytiharkan malapetaka kemanusiaan di Gaza dengan penduduk kekurangan makanan, air dan keperluan lain, walaupun beberapa trak bantuan mulai tiba semalam.

“Rumah, hospital dan infrastruktur lain yang penting untuk kelangsungan hidup penduduk awam telah mengalami kemusnahan,” kata Ketua Operasi di Gaza untuk Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC), Pascal Hundt.



Menurutnya, situasi semasa tidak membenarkan tindak balas kemanusiaan yang sewajarnya dan beliau bimbang penduduk awam ditimpa bencana.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

“Dajjal hari ini namanya Anwar Ibrahim” – Badrul Hisham Shaharin


Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin berkata, selepas gencatan senjata tamat pada Jumaat, Israel melarang NGO itu daripada membawa masuk konvoi bantuan merentasi sempadan Rafah dari Mesir.



Israel dan Hamas saling menyalahkan satu sama lain berikutan bubarnya gencatan senjata yang sebelum ini membolehkan 80 tebusan Israel dibebaskan sebagai pertukaran untuk 240 tahanan Palestin.

Perjanjian itu diuruskan dengan bantuan Qatar dan disokong Mesir serta Amerika Syarikat, tetapi Israel semalam menarik balik perundingnya dari Doha selepas menemui jalan buntu dalam rundingan yang bertujuan untuk memastikan jeda baharu dalam persengketaan itu.

Pada sidang media pertamanya selepas gencatan senjata berakhir, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata, perang itu akan berterusan sehingga mencapai semua matlamat termasuk menghapuskan gerakan Islam.

“Askar kami bersiap sedia ketika gencatan senjata untuk kemenangan mutlak menentang Hamas,” katanya.



Lebih 15,000 orang terkorban dalam serangan udara dan darat Israel terhadap wilayah Gaza sejak serangan mengejut Hamas pada 7 Oktober lalu.

Sejak berakhirnya gencatan senjata, tentera Israel sudah menyerang lebih 400 sasaran di Gaza.

 

Terus perang hingga capai matlamat – Netanyahu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading