Presiden Universiti Islam Gaza terbunuh dalam serangan Israel

Presiden Universiti Islam Gaza terbunuh dalam serangan Israel

Presiden Universiti Islam Gaza terbunuh dalam serangan Israel
DR Sufian Tayeh. FOTO Media Sosial.

Istanbul: Rektor Universiti Islam Gaza di Semenanjung Gaza, Sufian Tayeh dan keluarganya terbunuh dalam serangan udara Israel semalam, lapor Agensi Anadolu.

Serangan udara itu berlaku di kawasan Al-Faluja di Jabalia, timur laut Semenanjung Gaza.

“Ahli akademik dan Presiden Universiti Islam Dr Sufian Tayeh dan keluarganya meninggal dunia hari ini akibat serangan udara tentera penceroboh di kawasan Faluja di Gaza,” menurut Menteri Pendidikan Mahmoud Abu Mouis dalam satu kenyataan.



Menurut laporan Quds News Network, Tayeh tersenarai sebagai antara penyelidik terbaik di dunia pada 2021.

Dilahirkan pada tahun 1971 di utara Gaza, Tayeh merupakan seorang penyelidik dalam fizik dan matematik gunaan.

Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu berkata, angka kematian akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza telah meningkat kepada 15,207 orang sejak tercetusnya konflik pada 7 Okt.

Tentera penceroboh Israel meneruskan pengeboman di Semenanjung Gaza pada awal Jumaat selepas mengisytiharkan jeda kemanusiaan selama seminggu tamat.



 

Presiden Universiti Islam Gaza terbunuh dalam serangan Israel

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button