Jumlah Kek Anak Che Ta Cetus Perhatian! [VIDEO]

“9 Kek Sempena Birthday Aaisyah Yang Ke-9 Tahun”

Jumlah Kek Anak Che Ta Cetus Perhatian! [VIDEO]

Jumlah Kek Anak Che Ta Cetus Perhatian! [VIDEO]
Jumlah Kek Anak Che Ta Cetus Perhatian! [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta. Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.

Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.

Tema ‘Barbie’ Jadi Pilihan Aaisyah Untuk Birthday Kali Ini!

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 490 ribu, tanda suka sebanyak 16 ribu dan sebanyak 120 komen.



Di dalam video berkenaan, memaparkan Che Ta yang memberitahu jumlah kek hari lahir Aaisyah di usia 9 tahun itu. Che Ta juga memberitahu bahawa tema Barbie itu adalah tema yang diinginkan dan diminta sendiri oleh Aaisyah.

Di sebalik 9 kek sempena birthday yang ke 9, kita ada barbie”-Kata Che Ta

@rozitachewan1

Thank you @Lantera Venue .. Cantik sangat deco #barbie utk birthday #aaisyahdhiarana ni … . 9 tahun 9 kek … . #aaisyahdhiarana #cheta #rcw #happybirthday #barbie



♬ Barbie Girl – Lady Aqua

@rozitachewan1

Setaun sebelum birthday , dia dh bagi temaaaaaa .. senang kami tk yah pikiaq🤣 . #aaisyahdhiarana #barbie #birthdaygirl #birthdayparty #cheta #rcw #anakcheta #inaicheta

♬ Barbie Girl – Tiësto Remix – Aqua & Tiësto



Rata-rata netizen teruja melihat jumlah kek hari lahir Aaisyah itu. Mereka juga mengatakan bahawa Aaisyah adalah kanak-kanak yang beruntung kerana peroleh sambutan hari lahir yang sebegitu.

“Dia 9 tahun 9 kek, kalau aku 9 tahun 9 lilin. hahaha Ya Allah Aaisyah, sini nak satu kek tu”

“Barbie Malaysia, cantik la Aaisyah”

“Tiap tahun kek dia ikut umur ke? nanti dia dah umur 15 tahun ada 15 biji kek lar kiranya, hahaha”-kata mereka



Jumlah Kek Anak Che Ta Cetus Perhatian! [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, jika ibu bapa mampu, tidak salah untuk berikan yang terbaik buat anak-anak mereka. Semoga Aaisyah membesar menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu bapa.

Jumlah Kek Anak Che Ta Cetus Perhatian! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading