Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tiada Tandingan Dengan Penyanyi Sekarang! [VIDEO]

Dipuji Netizen

Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tiada Tandingan Dengan Penyanyi Sekarang! [VIDEO]

Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tiada Tandingan Dengan Penyanyi Sekarang! [VIDEO]
Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tiada Tandingan Dengan Penyanyi Sekarang! [VIDEO]
Tidak perlu dikenalkan lagi, Penyanyi tersohor negara di mana satu Malaysia pasti mengenalinya iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti. Penyanyi lagu ‘Purnama Merindu’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

Netizen Tidak Sabar Untuk Konsert Tokti Yang Akan Datang!

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitism_era yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 34 ribu, tanda suka sebanyak 2556 dan sebanyak 160 komen.



Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti menyanyikan lagi ‘Hati kama’ di mana menunjukkan bahagian lagu yang perlu melakukan Qasidah yang amat sukar untuk dilakukan oleh penyanyi lain.

@sitism_era

Tak sabar konsert mega nanti😭#sitinurhaliza #fyp #siti #foryoupage #biduanita #malaysia #snot #sitinurhalizaontour

♬ original sound – SITISM ERA – SITISM ERA



Rata-rata netizen memuji bahawa Tokti mampu untuk membawa lagu tersebut sehingga ke hari ini. Mereka juga mengatakan, tidak sabar untuk pergi ke konsert Tokti nanti yang diharapkan menjadi konsert terbesar untuk penyanyi kesayangan ramai itu.

“Harap Dato ct akan bawa lagu ya maulai dalam konsert akan datang, dalam lagu tu ada part qasidah juga”

“Suara beliau memang MEGA dari dulu, setakat ini tak jumpa lagi qasidah semerdu ini”

“Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza sedap didengar, tak berlebihan dan takde yang kurang. halus, merdu, lunak dan membuat kita terbuai, meremang dah pasti”



“Bergegor Axiata saat qadisah ni dialunkan dahulu, mega sangat queen”-kata mereka

Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tiada Tandingan Dengan Penyanyi Sekarang! [VIDEO]
VIA TIKTOK

Apa-apa pun, semoga impian Tokti untuk menghadiahkan konsert terbesar buat peminat-peminatnya akan kesampaian. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Qasidah Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tiada Tandingan Dengan Penyanyi Sekarang! [VIDEO]

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button