Bicara saman Indira terhadap Ketua Polis Negara didengar Februari tahun depan

Bicara saman Indira terhadap Ketua Polis Negara didengar Februari tahun depan

Bicara saman Indira terhadap Ketua Polis Negara didengar Februari tahun depan
Guru tadika, M Indira Gandhi. – Foto fail Bernama

KUALA LUMPUR: Kes saman seorang guru tadika, M Indira Gandhi terhadap Ketua Polis Negara dan tiga yang lain kerana gagal menangkap bekas suami yang memeluk Islam dan melarikan anak perempuan mereka, akan dibicarakan selama empat hari bermula pada 6 Februari tahun depan.

Peguam Kanan Persekutuan Andi Razalijaya A Dadi ketika dihubungi media, berkata tarikh perbicaraan berkenaan ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.

Andi Razalijaya mewakili kerajaan Malaysia, Ketua Polis Negara, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman itu.



Indira Gandhi mendakwa Ketua Polis Negara (yang tidak dinamakan) dengan sengaja dan cuai tidak menghiraukan perintah Mahkamah Persekutuan kerana gagal menjalankan siasatan atau mengambil tindakan sewajarnya untuk mengembalikan anaknya, Prasana Diksa yang ketika pemfailan saman berusia 13 tahun.

Beliau mendakwa Ketua Polis Negara, KDN dan kerajaan berperanan membuat keputusan atau memberikan arahan kepada PDRM bagi melaksanakan waran komital terhadap bekas suaminya, Muhammad Riduan Abdullah (yang sebelumnya dikenali sebagai K Pathmanathan) seperti yang diarahkan Mahkamah Persekutuan pada 29 April, 2016.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?




Plaintif juga mendakwa, tindakan semua defendan secara langsung menyebabkan perpisahan antara beliau dengan anak bongsunya itu berlanjutan hingga ke hari ini yang menyebabkan bekas suaminya berjaya melarikan diri.

Sehubungan itu, Indira Gandhi menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta faedah selain memohon perisytiharan bahawa Ketua Polis Negara melakukan salah laku jawatan awam, dan defendan lain bertanggungjawab secara vikarius bagi salah laku terbabit.

Pada 16 Julai 2021, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kerajaan untuk membatalkan kes saman itu dan keputusan berkenaan dikekalkan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan pada 7 September 2022.



Prasana Diksa dilarikan Muhammad Riduan ketika berusia 11 bulan, sejurus selepas lelaki itu memeluk Islam.

Pada 2009, Muhammad Riduan mengislamkan tiga anak mereka tanpa persetujuan Indira Gandhi sebelum ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak itu, namun pada 2018 Mahkamah Persekutuan memutuskan penukaran agama oleh satu pihak, batal dan tidak sah.

Mahkamah Tinggi Ipoh memberikan hak penjagaan penuh kanak-kanak itu kepada Indira Gandhi pada 2010 dan pada 2016, Mahkamah Persekutuan mengesahkan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan polis menangkap Muhammad Riduan dan mendapatkan semula Prasana Diksa untuk dikembalikan kepada ibunya.

Bicara saman Indira terhadap Ketua Polis Negara didengar Februari tahun depan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button