Warga Israel Merayu Supaya Kerajaan Israel Membawa Pulang Mayat Keluarga Mereka

Warga Israel Merayu Supaya Kerajaan Israel Membawa Pulang Mayat Keluarga Mereka

Warga Israel Merayu Supaya Kerajaan Israel Membawa Pulang Mayat Keluarga Mereka

Rupa-rupanya kekejaman Zionis Yahudi yang dipimpin oleh Benjamin Netanyahu tidak terhad kepada penduduk Palestin.

Tetapi kekejaman Netanyahu juga berlaku ke atas warga Israel berbangsa Yahudi di negara haram tersebut.

Seorang warga Israel, Bibas, terpaksa mengemis simpati dengan kerajaan Israel bagi mengebumikan jasad anak dan isteri di tanah air sendiri.



Begitu terdesaknya rakyat Israel yang menjadi tahanan Hamas apabila Netanyahu sombong enggan menerima tawaran HAMAS ketika gencatan senjata tujuh hari yang berakhir semalam.

Dalam rakaman video disiarkan Telegram sayap tentera HAMAS, Briged Al-Qassam, Yarden Bibas membuat rayuan kepada kerajaan negaranya dengan suara yang sebak.

Dia meminta Netanyahu supaya menerima jasad isterinya, Sherry serta dua anak mereka, Kfir dan Ariel.

Kedua-dua mereka terkorban dalam serangan udara Israel untuk dikebumikan di Israel.



“Bibi (Netanyahu) mengebom, membunuh isteri dan dua anak yang sangat penting dalam hidup saya”.

“Tolonglah ambil mayat mereka supaya saya boleh kebumikan mereka di Israel,” katanya.

Israel menolak tawaran untuk membebaskan lebih banyak tawanan termasuk jasad keluarga yang terbunuh akibat serangan rejim itu di Gaza.

“Kami menawarkan untuk menyerahkan dua tahanan termasuk tiga jasad keluarga Bibas”.



“Serta membebaskannya supaya dia boleh memberi penghormatan terakhir mengebumikan anak dan isterinya”.

“Namun, Israel menolak semua tawaran ini kerana mereka sudah membuat keputusan awal untuk meneruskan pencerobohan jenayahnya terhadap Gaza,” kata HAMAS.

Sejak gencatan senjata berkuat kuasa 24 November lalu, 110 tahanan termasuk 80 warga Israel dibebaskan Hamas.

Sebagai pertukaran, Israel membebaskan 240 tahanan Palestin dengan 30 lagi warga Thailand turut dibebaskan di bawah perjanjian berasingan.



Warga Israel Merayu Supaya Kerajaan Israel Membawa Pulang Mayat Keluarga Mereka

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button