Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob

Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob

Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob

AJK Pusat PAN, Mohd Sany Hamzan, membayangkan bersedia untuk berkhidmat sebagai menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup yang baru sekiranya dilantik.

Namun beliau akur bahawa keputusan itu terletak di tangan perdana menteri, Anwar Ibrahim.

“Amanah telah mengemukakan sekurang-kurangnya dua calon”.



“Untuk jawatan yang ditinggalkan kosong sejak kematian bekas timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub, empat bulan yang lalu”.

“Kita pun tak tahu bila tarikh lantikan, cuma diberitahu dalam masa terdekat”.

“Parti Amanah sudah menghantar nama untuk mengisi jawatan tersebut sekarang terpulang kepada perdana menteri menentukannya”.

“Setakat ini tidak jelas sama ada parti lain dalam kerajaan juga telah mengemukakan calon untuk pertimbangan Anwar”.



“Cuma saya dengar-dengar macam nama (Ahli Parlimen) Hulu Langat kuatlah”.

“Kalau PM lantik saya (sebagai Menteri KPDN), saya panjatkan kesyukuran kehadrat Allah,” katanya dalam nada berseloroh.

Untuk rekod, kekosongan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Salahuddin masih lagi kosong sehingga ke hari ini.

Buat sementara waktu sehingga pelantikan baharu dilakukan, tanggungjawab diberikan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Armizan Mohd Ali.



Dengan keadaan semasa yang melihat harga kenaikan barang keperluan asas melambung tinggi, potfolio tersebut dilihat sebagai potfolio yang sangat penting.

Malah populariti Kerajaan Perpaduan dilihat semakin menurun akibat kegagalan kerajaan membendung kenaikan harga barangan di pasaran.

Ini membuatkan semakin ramai rakyat kehilangan keyakinan terhadap kemampuan Kerajaan Perpaduan.

Persoalannya, mampukah Mohd Sany menggalas tanggungjawab tersebut dan mengembalikan keyakinan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan?



 

Mohd Sany Hamzan Akan Gantikan Allahyarham Salahuddin Ayob

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button