Biadap! Pengguna media sosial persenda penderitaan penduduk Palestin

Biadap! Pengguna media sosial persenda penderitaan penduduk Palestin

Biadap! Pengguna media sosial persenda penderitaan penduduk Palestin
ASAP tebal susulan serangan Israel di Semenanjung Gaza. FOTO AFP

Baitulmaqdis: Menyedihkan dan keterlaluan apabila ramai pengguna media sosial Israel melakukan trend kontroversi mempersendakan nasib rakyat Palestin di Gaza, di tengah serangan berterusan oleh rejim zionis ke atas Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu.

Ketika serangan Israel semakin sengit di Gaza, banyak hantaran dari Israel muncul di media sosial, mempersendakan kesusahan yang dihadapi oleh rakyat Palestin, termasuk kekurangan air, elektrik, bahan api, dan makanan di kawasan itu.

Pengguna Israel memulakan trend baharu di media sosial, menggabungkan lagu daripada program komedi 2005 untuk memuat naik hantaran yang mempersendakan bencana kemanusiaan di Gaza.



Dalam beberapa hantaran daripada beberapa pengguna termasuk tentera Israel, kelihatan mereka muncul di hadapan kamera dengan melukis muka, bertudung dan pakaian tradisional Palestin dalam cubaan mempersendakan penduduk Gaza.

Beberapa pempengaruh media sosial turut menyertai trend itu, dan sebahagian daripada mereka dilihat menggunakan mimik muka ketawa sambil berkongsi imej kemusnahan di Semenanjung Gaza.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut




Dalam satu video, seorang wanita dan dua anak perempuannya menutup kepala mereka secara mengejek dan menari mengikut lirik: “Ini adalah rumah saya, tanpa elektrik atau gas, adalah rumah saya, dan Ahmad & Fatma & Abed & Salim.”

Satu lagi video memaparkan seorang lelaki menutup kepala dan menari berlatarbelakangkan bangunan runtuh di Gaza, menambah dimensi yang mengganggu kepada trend itu.

Walaupun video itu mendapat jutaan tontonan di media sosial, mereka tidak terlepas daripada kritikan.

Rakaman yang menunjukkan askar Israel di Tebing Barat menutup mata dan mengikat tangan tawanan Palestin, menyanyi di sekeliling mereka, dan memaksa tawanan menyanyi bersama, mencetuskan trend di media sosial, bulan lalu.



Dalam kejadian lain, kanak-kanak Israel, berumur enam hingga 12 tahun, disuruh menyanyikan lagu pada Hari Hak Kanak-Kanak Sedunia pada 20 November, menyeru kemusnahan Gaza.

Walaupun, lagu itu sudah dikeluarkan dari platform berkenaan, ia terus tersebar di pelbagai saluran media sosial.

 

Biadap! Pengguna media sosial persenda penderitaan penduduk Palestin

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button