Tentera Israel kepung Khan Yunis
Tentera Israel kepung Khan Yunis
Gaza: Tentera Israel mengepung bandar utama selatan Gaza pada Rabu dan memerangi Hamas di jalan dan bangunan, dalam beberapa pertempuran paling sengit sejak perang bermula dua bulan itu.
Tumpuan konflik kini beralih ke selatan Gaza berikutan pertempuran sengit dan pengeboman yang menyebabkan sebahagian besar bangunan di utara, musnah, dan memaksa hampir dua juta orang meninggalkan rumah mereka.
Kereta kebal, kenderaan berperisai dan jentolak milik Israel dilihat berhampiran bandar Khan Yunis di selatan Gaza, pada Selasa, seterusnya memaksa orang awam yang sudah berpindah ke situ untuk melarikan diri ke tempat lain, kata saksi kepada AFP.
“Pasukan kami kini mengepung kawasan Khan Yunis di selatan Semenanjung Gaza,” kata ketua tentera Israel, Herzi Halevi, lewat Selasa.
Pertempuran pada Selasa adalah “hari paling sengit sejak permulaan operasi darat” pada akhir Oktober, kata ketua Komando Selatan tentera Israel, Mejar Jeneral Yaron Finkelman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- UMNO Mesti Akui Sudah Hilang Kepercayaan Orang Melayu
- Yang Menjadi Isu Adalah Hukum Konsert Separuh Bogel
- Mampukah Kemenangan Dr Sam Bawa PN Ke Putrajaya?
Israel mengisytiharkan perang ke atas Hamas selepas serangan kumpulan itu pada 7 Oktober yang membunuh 1,200 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pihak berkuasa Israel, dan menyaksikan pejuang membawa kira-kira 240 tebusan ke Gaza.
Jumlah korban terkini dari pejabat media kerajaan yang dikendalikan Hamas berkata, 16,248 orang di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh.
Israel berikrar untuk memusnahkan Hamas dan membebaskan 138 tebusan.
Beberapa komander Hamas terbunuh dalam serangan udara berhampiran Hospital Indonesia, dakwa tentera Israel pada awal Rabu menerusi hantaran di X.
Kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas berkata, 25 orang maut dalam satu serangan pada Selasa yang melanda sebuah sekolah yang menjadi tempat perlindungan penduduk yang hilang tempat tinggal.
Ambulans, trak dan kenderaan lain menghantar orang yang berlumuran darah dan diliputi debu ke Hospital Nasser, Khan Yunis, termasuk kanak-kanak.
“Sepupu saya menghubungi saya dan menyuruh saya datang kerana mayat kakak saya terbaring di halaman sekolah,” kata penduduk Mohammed Saloul kepada AFP.
Ketika perang semakin meluas, Israel memberitahu orang ramai untuk bergerak lebih jauh ke selatan, mencetuskan “panik, ketakutan dan kebimbangan”, menurut Philippe Lazzarini yang juga ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk pelarian Palestin, UNRWA.
Orang ramai ‘ditolak’ ke kawasan luasnya kurang daripada satu pertiga daripada Semenanjung Gaza, katanya.
Kumpulan bantuan antarabangsa mengecam perintah untuk melarikan diri dari satu kawasan ke kawasan lain, mengatakan bahawa orang awam kehabisan pilihan.
“Tiada tempat selamat di Gaza,” kata ketua kemanusiaan PBB, Martin Griffiths.
“Bukan hospital, bukan tempat perlindungan, bukan kem pelarian. Tiada siapa yang selamat.”
Tentera Israel kepung Khan Yunis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Akhirnya Isham Tunjukkan Siapa Dirinya Yang Sebenar
- Makin Ramai Lelaki Jadi Mangsa Gangguan Seksual
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?