Wanita dengan 37 alahan

Wanita dengan 37 alahan

Wanita dengan 37 alahan
JOANNE Fan. FOTO Agensi

Seoul: Wanita berusia 21 tahun di Seoul mendedahkan alahan dialaminya, sambil berseloroh dalam video TikTok dan Instagram (IG) bahawa dia mempunyai 37 cara baharu untuk ‘mati’.

Joanne Fan yang juga pencipta kandungan, kemudian memberikan senarai bahan makanan yang boleh menyebabkannya mengalami alahan dan berlakunya ekzema.

Dalam video itu, Fan memberitahu kacang dan makanan laut adalah antara bahan yang menyebabkan alahan, lapor New York Post.



“Saya hanya mengatakan 37 alahan kerana ia adalah nombor kegemaran saya, tetapi realitinya lebih banyak,” katanya lagi.

Dia sekali lagi memeriksa alahannya dengan ujian di klinik pada bulan lalu, dan mengenali beberapa (alahan) baharu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut




“Sesetengah buah yang saya tidak sangka saya alah menunjukkan reaksi pada ujian seperti limau gedang,” kata Fan.

Videonya meraih jutaan tontonan di TikTok dan IG.

“Saya bergurau bahawa saya mempunyai cara baharu untuk mati dalam video untuk melihat keadaan saya,” katanya dengan mendedahkan dia sebenarnya tidak tertekan dengan alahannya.

Menerusi salah satu video di IG, Fan menerangkan cara dia makan di restoran dan kedai makan di tepi jalan.



“Saya dapat rasa panas sebelum (kulit) menjadi merah,” katanya dipetik The Post.

“Ia biasanya bermula dalam masa 10 minit selepas makan sesuatu yang saya alah dan saya akan mula menggaru atau mendapati diri saya menjadi sangat panas.

“Bahagian yang paling sukar adalah bagaimana ia memberi kesan kepada ekzema saya dan bukannya diet saya, orang melihat saya dan mereka seperti, “Apa yang berlaku pada muka awak? Kenapa merah sangat?.

“Alahan teruk tahun ini, dan ia benar-benar menjejaskan keyakinan saya,” tambahnya.



Wanita dengan 37 alahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button