Anak menteri Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza

Anak menteri Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza

Anak menteri Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza
BANGUNAN universiti di Gaza yang musnah susulan serangan udara Israel. FOTO Reuters

Baitulmaqdis: Anak menteri Kabinet Israel dan bekas ketua tentera, Gadi Eizenkot terbunuh dalam pertempuran di Gaza, menurut pemimpin Parti Perpaduan Nasional, Benny Gantz, semalam.

Eizenkot dan Gantz, juga bekas ketua tentera, menyertai kerajaan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sejurus selepas serangan maut Hamas pada 7 Oktober yang mendorong serangan udara, darat dan laut Israel ke atas Gaza.

Tentera Israel tidak memberikan butiran tepat mengenai kematian Gal Meir Eisenkot, 25, selain mengatakan dia terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza.



“Bersama-sama dengan seluruh Israel, saya menghantar sokongan saya kepada Gadi dan kepada seluruh,” kata Gantz dalam satu kenyataan.

Dalam ucapan takziah, Netanyahu berkata dia sedih dengan kejadian itu.

Israel berikrar memusnahkan kumpulan Hamas selepas pejuangnya didakwa membunuh 1,200 orang di Israel dan mengheret 240 lagi kembali ke Gaza sebagai tebusan, menurut pengiraan Israel.

Lebih 17,000 rakyat Palestin terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober, menurut Kementerian Kesihatan di sana, dan kira-kira 1.9 juta orang, atau 85 peratus penduduk kehilangan tempat tinggal.



Anak menteri Israel terbunuh dalam pertempuran di Gaza

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button