China mulakan operasi reaktor nuklear generasi keempat

China mulakan operasi reaktor nuklear generasi keempat

China mulakan operasi reaktor nuklear generasi keempat
REAKTOR nuklear di Teluk Shidao, China ialah loji tenaga nuklear penyejukan gas pertama di dunia. FOTO CCTV News

Beijing: China sudah memulakan operasi reaktor nuklear generasi keempat pertama di dunia yang menggunakan gas sebagai penyejukan, berbeza dengan loji kuasa konvensional yang menggunakan air bertekanan.

The Independent melaporkan loji kuasa yang dibina di Shandong, China, menghasilkan tenaga dari dua reaktor suhu tinggi yang disejukkan oleh gas bukannya air, lapor agensi berita negara Xinhua pada Rabu lalu.

Reaktor pembelahan nuklear biasanya menjana kuasa dengan memecahkan atom dan menggunakan tenaga yang dibebaskan untuk menghasilkan stim yang memutarkan turbin.



Stim kemudiannya disejukkan oleh air dalam litar pemeluwap dengan air panas kemudian pergi ke menara penyejuk.

Pada masa ini, reaktor yang disejukkan air menyumbang lebih dari 95 peratus daripada semua reaktor kuasa awam yang beroperasi di seluruh dunia, manakala yang disejukkan gas menyumbang kira-kira tiga peratus di seluruh dunia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu



China mulakan operasi reaktor nuklear generasi keempat
LOJI kuasa yang dibina di Shandong, China, menghasilkan tenaga dari dua reaktor suhu tinggi yang disejukkan oleh gas bukannya air. FOTO CCTV News

Minat terhadap reaktor yang disejukkan gas semakin meningkat di seluruh dunia kerana boleh menyediakan tenaga elektrik yang cekap dan kos efektif.

Reaktor modular kecil seperti itu juga boleh menghasilkan haba proses suhu tinggi untuk aplikasi industri seperti pengeluaran hidrogen, penyahgaraman air laut dan pemanasan kawasan, menurut Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA).

Reaktor di Teluk Shidao, China ialah loji tenaga nuklear penyejukan gas pertama di dunia yang dibina untuk tujuan komersial.

Ia disejukkan oleh helium dan boleh mencapai suhu tinggi sehingga 750 darjah Celsius.



China mulakan operasi reaktor nuklear generasi keempat
Reaktor di Teluk Shidao, China ialah loji tenaga nuklear penyejukan gas pertama di dunia yang dibina untuk tujuan komersial.

Pembinaan loji itu bermula pada 2012 dan reaktor pertamanya disambungkan ke grid kuasa negara pada 2021, lapor AFP.

Reaktor sedemikian, kata pakar, juga boleh memainkan peranan penting dalam membantu negara-negara melalui peralihan tenaga kerana bercirikan seni bina padat, manakala reka bentuk modularnya mengurangkan masa dan kos pembinaan.

Lebih daripada 80 projek reaktor modular kecil sedang dibangunkan di lebih 18 negara, menurut IAEA.

China mencuba menjadi peneraju global dalam penghasilan tenaga nuklear dengan merancang supaya loji-loji jenis ini menyumbang 10 peratus daripada penghasilan elektrik negara itu menjelang tahun 2035.



Pelancaran loji janakuasa terkini itu juga menandakan percubaan China untuk beralih daripada loji jana kuasa arang batu dan mengurangkan pergantungannya kepada teknologi asing di tengah-tengah ketegangan yang semakin meningkat dengan negara-negara Barat.

China mulakan operasi reaktor nuklear generasi keempat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading