Niat selamat rakan lemas, 2 budak turut maut di kolam takungan
Niat selamat rakan lemas, 2 budak turut maut di kolam takungan

Kudat: Dua daripada tiga kanak-kanak yang maut di kolam takungan kawasan pembinaan di Kampung Perpaduan Ria 1, di sini, semalam dikatakan cuba menyelamatkan rakan mereka yang disyaki lemas.
Berdasarkan maklumat, Mohd Syazwan yang berusia tujuh tahun dikatakan turun ke kolam terbabit terlebih dahulu namun tidak timbul, sebelum rakannya yang berusia 11 tahun terjun untuk membantu.
Bagaimanapun, rakannya itu juga tidak timbul selepas terjun memaksa seorang lagi rakan mereka membantu sebelum kanak-kanak berusia 11 tahun itu juga lemas.
Ketua Polis Daerah Kudat, Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian tiga mangsa itu bersama beberapa kanak-kanak lain pergi ke kolam takungan air pembinaan di kawasan berkenaan dipercayai untuk mandi.
“Melihat ketiga-tiga mangsa itu tidak timbul selepas terjun, kanak-kanak lain yang berada berhampiran kolam bergegas memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perikatan Nasional Semakin Terdesak Memujuk Ahli Parlimen UMNO
- Sirul Mungkin Di Tahan Semula Di Australia
“Penduduk kampung bergegas ke lokasi kejadian dan mencari ketiga-tiga mangsa sebelum mereka ditemui di dasar kolam dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Semua tiga mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Kudat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang semalam, tiga kanak-kanak termasuk seorang perempuan ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di dalam kolam takungan air pembinaan di Kampung Perpaduan Ria 1.
Selain Mohd Syazwan, dua lagi mangsa adalah Wan Hermi dan Nurul Isah, masing-masing berusia 11 tahun.
Niat selamat rakan lemas, 2 budak turut maut di kolam takungan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Paku Terakhir Keranda PPBM Berada Di Tangan Dr Samsuri
- Strategi UMNO Mesti Berubah Kalau Mahu Bangkit Semula
- Polis Cekup Individu Promosi Israel
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :