Lelaki lemas jatuh kolam kumbahan

Lelaki lemas jatuh kolam kumbahan

Lelaki lemas jatuh kolam kumbahan
Anggota bomba mengangkat mayat lelaki yang ditemukan lemas di kolam kumbahan sampah berhampiran Masjid Kubang Ikan, Chendering. – Foto ihsan Bomba

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki ditemukan lemas dalam kolam kumbahan sampah berhampiran Masjid Kubang Ikan, dekat Chendering, di sini, petang tadi.

Kejadian berlaku selepas mangsa berusia lingkungan 30-an bersama seorang lagi rakan dikatakan terjatuh ketika melalui kawasan kolam tinggal dengan kedalaman kira-kira 5.5 meter itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, mayat mangsa ditemui di dasar kolam berkenaan kira-kira tiga meter (m) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh, manakala rakannya terselamat.



“Sepasukan 11 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 4.42 petang.

“Pasukan PPDA melakukan selaman di lokasi sebelum menemui mangsa terdampar di dasar kolam terbabit.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




“Mangsa dipercayai orang tempatan, tetapi kita tidak dapat kenal pasti identiti berikutan tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada badan mangsa,” katanya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubahan di lokasi, sebelum mayatnya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Lelaki lemas jatuh kolam kumbahan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button