Cakaran ‘misteri’ gusarkan penduduk empat kampung

Cakaran ‘misteri’ gusarkan penduduk empat kampung

Cakaran 'misteri' gusarkan penduduk empat kampung
Ketua Kampung Sungai Lanchang, Mohd Jalaludin Waris menunjukkan pokok pisang di kebun penduduk yang patah dipercayai dirosakkan binatang misteri.

BAGAN DATUK: Kehadiran ‘binatang misteri’ yang meninggalkan kesan cakaran yang merosakkan pokok pisang dan kelapa, mencetuskan kebimbangan penduduk empat kampung sekitar kawasan Bagan Datuk di sini, terhadap keselamatan diri dan keluarga mereka.

Tinjauan di Kampung Sungai Lanchang; Kampung Sungai Nipah Darat; Kampung Pasang Api dan Kampung Sungai Balai Darat, di sini, hari ini mendapati sekurang-kurangnya 20 pokok pisang patah di bahagian tengah batang, dengan kesan cakaran selain kesan tapak kaki dipercayai milik binatang misteri berkenaan.

Selain itu, beberapa pokok kelapa turut rosak dengan pelepah dipatahkan dengan kelihatan kesan cakaran yang jelas pada bahagian batangnya.



Pemilik kebun, Nuri Salleh, 65, berkata dia terkejut melihat keadaan tujuh pokok pisang di kebunnya yang terletak di Lorong Limau Nipis, Kampung Sungai Balai Darat, di sini, patah dengan keadaan aneh pada pagi Sabtu lalu.

“Saya tak fikir ini angkara babi hutan sebab bahagian yang patah adalah di tengah batang dengan ketinggian sekitar satu meter, jika babi hutan sudah tentu pokok tumbang sepenuhnya kerana disondol pada akar.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik




“Lebih bertambah pelik, haiwan itu tak makan langsung pisang yang jatuh ke tanah. Pemilik kebun di tempat lain pun maklumkan perkara sama, jadi saya fikir ia tak mungkin juga monyet.

“Inilah pertama kali perkara begini berlaku,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Ketua Kampung Sungai Lanchang, Mohd Jalaludin Waris, 57, berkata setakat ini, dia sudah menerima sebanyak tujuh aduan daripada orang kampung berkaitan kejadian kerosakan pokok pisang dan kelapa dipercayai angkara binatang misteri yang sama.

“Setakat ini tiada kecederaan dilaporkan oleh penduduk kampung, namun saya risau keselamatan pekebun dan menasihatkan penduduk tidak pergi ke kebun seorang diri atau melalui jalan kebun pada waktu malam.



“Kami percaya semua kejadian kerosakan pokok pisang dan kelapa berlaku pada waktu malam kerana ia hanya disedari pemilik kebun pada awal pagi.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Perak sebaik aduan pertama kira-kira dua minggu lalu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Perak, Yusoff Shariff, berkata pihaknya sudah memasang satu unit perangkap beruang dan satu unit perangkap babi di lokasi kejadian sebagai langkah berjaga-jaga.

“Hasil siasatan kakitangan PERHILITAN, kami mengesyaki haiwan itu adalah anjing berdasarkan kesan tapak kaki, namun kita akan jalankan siasatan lanjut.



“Kami memohon orang ramai maklumkan segera kepada PERHILITAN sekiranya ternampak hidupan liar seperti sesetengah pihak dakwa ia beruang dan jangan cuba bertindak sendiri,” katanya.

Cakaran ‘misteri’ gusarkan penduduk empat kampung

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan



 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading