Seperti genosid di Gaza, kempen Zara diboikot

Seperti genosid di Gaza, kempen Zara diboikot

Seperti genosid di Gaza, kempen Zara diboikot
ANTARA foto pakaian Zara yang dihambat kontroversi

Madrid: Jenama pakaian dari Sepanyol, Zara dihambat dengan kontroversi gara-gara melancarkan kempen ‘The Jacket’ yang didakwa menggambarkan kempen genosid di Gaza.

Jenama yang diasaskan Amancio Ortega dan Rosalía Mera pada 1975 itu mendakwa kempen itu mahu mengetengahkan kepelbagaian dan memfokuskan rekaan pakaian itu.

Menerusi gambar dikongsi di akaun media sosial mereka, ia dengan jelas memaparkan patung hilang anggota tubuh dengan berlatarbelakangkan sisa runtuhan selain boneka pakaian dibalut dengan kain putih.



Tindakan itu membuatkan pengguna media sosial marah dan meluahkan rasa kesal dengan imej kempen yang dibuat kerana disifatkan tidak menjaga sensitiviti terhadap penderitaan berterusan penduduk Palestin.

Kebanyakan pengguna turut menggesa tindakan boikot ke atas Zara dan menuntut akauntabiliti kerana menyinggung perasaan penduduk Gaza yang sehingga kini masih menjadi mangsa serangan Israel.

“Saya terkejut melihat idea rekaan sebegini. Boikot Zara seumur hidup. Anda sememangnya berhati iblis.

“Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat,” kata seorang individu mewakili sentimen majoriti pengguna media sosial yang menzahirkan rasa marah kerana kempen keterlaluan tersebut.



Seperti genosid di Gaza, kempen Zara diboikot


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading