Ahli politik diperintah bela diri dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau

Ahli politik diperintah bela diri dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau

Ahli politik diperintah bela diri dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau
Foto hiasan

KOTA KINABALU: Seorang ahli politik yang didakwa mencabul peserta pertandingan Unduk Ngadau atau ratu cantik Kaamatan pada 2021 diperintah membela diri atas empat pertuduhan di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Keputusan itu dibuat Majistret Stephanie Sherron Abbie terhadap Philip Among, 53, selepas mahkamah berpuas hati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Mahkamah menetapkan 19, 22 dan 23 Februari tahun depan untuk tertuduh membuat pembelaan.



Dalam keempat-empat pertuduhan, Philip dituduh mencabul seorang peserta pertandingan Unduk Ngadau sebanyak empat kali di beberapa tempat, antara jam 2 petang hingga 10 malam, pada 19 Mei 2021.

Perbuatan itu didakwa berlaku dalam sebuah studio di Asia City, di sini; dalam sebuah kenderaan yang sedang bergerak dari sebuah restoran ke sebuah pejabat lama di bandar raya Kota Kinabalu; di sebuah tangga bersebelahan premis Ever Best, Asia City dan dalam sebuah pejabat di Metro Town, dekat sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik




Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau rotan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Pada 10 Jun 2021, tertuduh meminta dibicarakan atas pertuduhan itu dan perbicaraan bermula pada 11 April tahun lalu sebelum pihak pendakwaan menyelesaikannya pada 7 September tahun ini dengan memanggil seramai lapan saksi.

Ketika kejadian, Philip adalah ketua teknikal bagi pertandingan Unduk Ngadau peringkat negeri 2021.

Beliau juga adalah Penyelaras Parlimen Putatan bagi Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebelum digantung selepas dua laporan polis dibuat ke atasnya berhubung kes gangguan seksual.



Perbicaraan tertuduh dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Siti Hajar Mazlan, manakala Philip diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar Abdullah dan Mohd Azhier Farhan.

Bagi prosiding semalam, pendakwaan diwakili DPP Batrisyia Mohd Khusri.

Terdahulu, pada 31 Oktober lalu, Philip turut diperintah membela diri oleh Mahkamah Majistret lain kerana mencabul wanita lain pada jam 11 malam, 17 April 2021 di ruang tamu sebuah premis penginapan di Asia City, di sini.

Ahli politik diperintah bela diri dakwaan cabul peserta Unduk Ngadau

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button