Keputusan rayuan enam pembunuh Kevin Morais hari ini?
Keputusan rayuan enam pembunuh Kevin Morais hari ini?
PUTRAJAYA: Prosiding rayuan enam lelaki terhadap hukuman mati kerana membunuh Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Datuk Anthony Kevin Morais, hari ini memasuki hari terakhir.
Bekas pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 60, bersama pemberi pinjaman wang, S Ravi Chanran, 52, dan empat penganggur, R Dinishwaran, 31; A K Thinesh Kumar, 30; M Vishwanath, 33 serta S Nimalan, 30, merayu terhadap hukuman mati dikenakan oleh Mahkamah Tinggi atas sabitan kesalahan membunuh TPR terbabit.
Pendengaran hari ketiga itu dijangka bermula jam 10.30 pagi ini di hadapan panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azmi Ariffin.
Peguam bela Vishwanath, Afifuddin Ahmad Hafifi, dan pihak pendakwaan selaku responden diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Dusuki Mokhtar dijadualkan berhujah susulan peguam mewakili lima lagi tertuduh selesai berhujah pada 7 dan 4 Disember lalu.
Lima peguam iaitu Datuk N Sivananthan mewakili Kunaseegaran, M Manoharan (Dinishwaran), Burhanudeen Abdul Wahid (Thinesh Kumar), Amer Hamzah Arshad (Nimalan) dan Kitson Foong (Ravi Chanran).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- 2 Kali Menjadi Perdana Menteri, Nasib Pesawah Kubang Pasu Tetap Tidak Terbela
- Covid-19: Apakah Kerajaan Perpaduan Akan Laksanakan PKP Semula?
- Pembangkang Akan Terus Hilang Sokongan Dari Sekurang-Kurangnya 7 Ahli Parlimen
Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik
Selesai hujahan semua pihak, kebiasaannya panel hakim akan menetapkan tarikh lain untuk membuat keputusan, namun ada beberapa kes sebelum ini yang memperlihatkan keputusan diberikan pada hari sama.
Ada juga kemungkinan hujahan tidak dapat dihabiskan menyebabkan mahkamah menangguhkan prosiding rayuan ke tarikh lain sebelum membuat keputusan.
Pada 10 Julai 2020, semua lelaki berkenaan dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah membunuh Kevin Morais.
Mereka didakwa membunuh Kevin Morais, 55, di sebuah lokasi di sepanjang Jalan Dutamas Raya Sentul dan No 1, Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya antara 7 pagi hingga 8 malam pada 4 September 2015 .
Mendiang dilaporkan hilang pada tarikh terbabit dan kali terakhir dilihat meninggalkan kondominium di Menara Duta, Kuala Lumpur, untuk ke pejabatnya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya menaiki kereta Proton Perdana.
Mayatnya ditemui dalam tong dram yang diisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, pada 16 September 2015.
Keputusan rayuan enam pembunuh Kevin Morais hari ini?
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan