Bayi rentung, suami meninggal, Hasifah kerap terjaga jam 4 pagi
Bayi rentung, suami meninggal, Hasifah kerap terjaga jam 4 pagi
KOTA BHARU: “Sehingga kini saya masih trauma, kerap terjaga jam 4 pagi iaitu waktu tragedi mengorbankan bayi perempuan kami dalam kemalangan hujung bulan lalu,” kata Nur Hasifah Razni, 25.
Dalam kejadian pagi 27 November itu, Wan Sabeena Arisha Wan Sharizat Azwan yang berusia tujuh bulan, rentung selepas kenderaan dinaiki bersama ibu dan bapanya melanggar tiang lampu sebelum terbakar di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat sini.
Suami Nur Hasifah, Wan Sharizat Azwan Wan Shahril Anwar, 28, turut menghembuskan nafas terakhir selepas lapan hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini akibat melecur dan cedera parah organ dalaman.
Menurut Nur Hasifah, 25, dia kini trauma menaiki kereta dalam tempoh lama, malah takut walaupun kenderaan hanya terlanggar lubang kerana terbayang kemalangan dialaminya bersama arwah suami dan bayi mereka.
“Pada awal selepas kejadian, memang saya tertekan dan masih terbayang-bayang keletah bayi perempuan kami yang baru saja boleh meniarap ketika itu. Tidur juga sering terganggu, kerap terjaga jam 4 pagi, waktu sama kemalangan tiga minggu lalu, saya kemudian saya menangis,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Benarkah Ini Bukan Kali Pertama Pegawai Polis Yang Membunuh Pelajar Sekolah Bertindak Luar Batasan?
- Pegawai Polis Yang Langgar Pelajar Berhadapan Tuduhan Membunuh
- ‘Spiderman’ Lokap Sabah Di Cekup Semula (Video Meloloskan Diri)
Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tapang, di sini hari ini, Nur Hasifah berkata, masih kedengaran kata-kata suaminya yang meminta maaf berkali-kali selepas gagal menyelamatkan bayi mereka.
Dalam keadaan suami yang turut parah dan melecur seluruh tubuh ketika memasuki ambulans, katanya, arwah menafikan mengantuk, sebaliknya keadaan jalan gelap tanpa sebarang papan tanda menyebabkan kenderaan mereka terlanggar pembahagi jalan sebelum terbabas.
“Ketika menerima rawatan di HRPZ II, suami terus ditidurkan. Saya tak berhenti berdoa supaya ada keajaiban meskipun tiada perkembangan positif. Sehari demi sehari, keadaan suami makin kritikal dan akhirnya pagi 5 Disember lalu, dia menghembuskan nafas terakhir dan saya reda.
“Sebulan sebelum kejadian, suami ada bertanya bagaimana jika suatu hari nanti dia sudah tiada dan tidak sempat membesarkan anak kami. Saya memarahinya dan rupanya kata-kata itu menjadi kenyataan, saya bukan sahaja kehilangannya, tapi satu-satunya tanda cinta kami iaitu bayi perempuan kami,” katanya.
Terdahulu, Nur Hasifah dikunjungi Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kelantan, Nora Yaacob yang menyerahkan pencen penakat RM546.98 sebulan sepanjang hidup kerana arwah suaminya yang bekerja di kedai perkakas plastik pencarum PERKESO yang memenuhi kelayakan caruman.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Bubarkan BERNAS, Kembalikan Kawalan Beras Kepada Lembaga Padi & Beras Negara
- Apakah PAS Parti Politik Yang Tiada Perikemanusiaan?
Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)
“Balu ini juga sudah menerima bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) berjumlah RM2,000 yang sudah pun dikreditkan ke akaunnya,” katanya.
Bayi rentung, suami meninggal, Hasifah kerap terjaga jam 4 pagi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sudah Sampai Masanya Nama Agama Di Larang Pada Parti Politik
- Isham Jalil Mulakan Langkah Untuk Memikat PAS
- Dewan Ulamak PAS Cuba Politikkan Isu Pemansuhan Seksyen 498 KK
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP