Tertuduh kes menghendap wanita gagal dibawa dari penjara ke mahkamah

Tertuduh kes menghendap wanita gagal dibawa dari penjara ke mahkamah

Tertuduh kes menghendap wanita gagal dibawa dari penjara ke mahkamah
Mohamad Safiq Rosli (kanan) mengaku salah pada Jumaat lalu atas tuduhan mengganggu Acacia Mardiana Daud melalui aplikasi Twitter.

SHAH ALAM: Tertuduh kes menghendap jurugambar wanita gagal dibawa ke Mahkamah Majistret dari penjara, menyebabkan hukuman terhadap perunding pengurusan acara sambilan itu yang dijadual diputuskan hari ini, ditangguh kepada esok.

Majistret Sasha Diana Sabtu juga menzahirkan rasa kesal dengan apa yang berlaku, menyifatkan proses permohonan perintah kehadiran (OTP) tertuduh, Mohamad Safiq Rosli sebagai kes ‘terlepas pandang’ sebelum menyatakan penghargaan kepada peguam dan pihak pendakwaan yang hadir prosiding.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Zilfinaz Abbas memaklumkan tertuduh tidak dibawa ke mahkamah dari penjara.



“Mengikut jurubahasa, Mohamad Safiq boleh dibawa pagi esok (ke mahkamah). Kami mohon prosiding ditangguh untuk fakta kes serta keputusan,” katanya.

Lelaki itu individu pertama didakwa atas kesalahan menghendap mengikut Seksyen 507A (1) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 507A (3) kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-keduanya jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Dinasti Lim Mula Menggugat Kestabilan Kerajaan Perpaduan




“Saya akan panggil semula kes ini esok (untuk keputusan),” kata Sasha Diana selepas dimaklumkan oleh Zilfinaz mengenai perkara itu pada prosiding semalam yang turut dihadiri peguam tertuduh, Fithril Hakim Ab Jalil dan peguam pemerhati mewakili mangsa, Jason Wee.

Jumaat lalu, Mohamad Safiq, 37, menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan menghendap jurugambar wanita dengan menghantar gangguan berulang kali melalui aplikasi X.

Mahkamah menerima pengakuan salah tertuduh selepas dapatan laporan perubatan menyatakan Mohamad Safiq layak dibicarakan dan membuat pengakuan.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menggunakan akaun X ‘@sopert99’ secara berulang mengganggu Acacia Mardiana Daud, 31, dengan menghantar komunikasi kepada akaun X ‘@ShaFoShizzle’ yang dibaca di sebuah rumah di Shah Alam.



Tertuduh sepatutnya tahu bahawa gangguan itu yang dilakukan jam 1.40 pagi pada 15 Julai hingga 5.58 petang 21 Julai lalu, boleh mendatangkan ketakutan kepada mangsa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu Mahkamah Persekutuan Mansuhkan Seksyen 498 KK (Mengganggu Isteri Orang)


Polis menerima laporan berhubung kes terbabit pada 2018 di mana mangsa didakwa mula diganggu sejak 2016 melalui komen di halaman blognya, sebelum mula dihendap sejak 2017, malah pernah diekori ke sebuah restoran makanan segera dan rumah.



Tertuduh kes menghendap wanita gagal dibawa dari penjara ke mahkamah

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kenapa Wujud Konspirasi Untuk Jatuhkan Anthony Loke Dalam DAP

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading