Remaja AS jadi individu pertama ‘tewaskan’ Tetris

Remaja AS jadi individu pertama ‘tewaskan’ Tetris

Remaja AS jadi individu pertama 'tewaskan' Tetris
WILLIS Gibson menjadi individu pertama yang dapat menewaskan permainan Tetris. FOTO Agensi

Los Angeles: Remaja lelaki di Amerika Syarikat (AS) mencipta sejarah apabila ‘menewaskan’ permainan komputer klasik, Tetris, sekali gus menjadikannya manusia pertama yang dapat berbuat demikian.

Willis Gibson, 13, yang bermain menggunakan nama ‘blue scuti’, melakar pencapaian yang dikatakan amat hebat itu kerana hanya teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dianggap mampu ‘mengalahkan’ permainan Nintendo itu.

“Ya Tuhanku!”, Willis menjerit berulang kali menjelang penghujung video yang berdurasi lebih 40 minit yang dimuat naiknya ke YouTube, minggu ini.



“Saya tidak dapat merasakan jari saya,” tambahnya sambil tercungap-cungap.

Emosi itu berbeza sekali dengan tempoh permainan selama 35 minit sebelumnya yang mana Willis, dari Oklahoma, kebanyakannya dilihat duduk dan tidak bergerak ketika bermain Tetris.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Armada Laut Iran Kini Memasuki Laut Merah




Kejayaan Willis juga satu pencapaian besar untuk komuniti peminat yang bermain kedua-dua kejohanan secara dalam talian dan bersemuka.

“Ia tidak pernah dilakukan oleh manusia sebelum ini.

“Ia pada asasnya sesuatu yang semua orang fikir adalah mustahil sehingga beberapa tahun lalu,” kata presiden Kejohanan Dunia Tetris Klasik, Vince Clemente, menurut The New York Times.

Rakan pemain pantas berkongsi keterujaan, dengan Juara Dunia Tetris Klasik, Justin Yu menjerit: ‘Dia berjaya, dia berjaya!’ di penstriman langsungnya.



Sementara itu, Ketua Eksekutif Tetris, Maya Rogers yang meraikan kejayaan itu dengan memberitahu popsci.com bahawa ia adalah pencapaian tepat menjelang ulang tahun ke-40 permainan itu pada tahun ini.

“Tahniah kepada ‘blue scuti’ kerana mencapai kejayaan luar biasa ini, ia satu pencapaian yang melanggar semua tanggapan terhadap had dalam permainan legenda ini,” katanya satu kenyataan.

Remaja AS jadi individu pertama ‘tewaskan’ Tetris


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kegagalan ‘Kartel Tun’ di belakang KUDETA ‘Dubai’




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading