2 remaja ditahan kes buang bayi bersama uri dan tali pusat dalam kotak
2 remaja ditahan kes buang bayi bersama uri dan tali pusat dalam kotak

SELAMA: Dua remaja yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di dini, ditahan bagi membantu siasatan kes penemuan bayi perempuan yang ditinggalkan dalam kotak di sebuah pusat tahfiz di Rantau Panjang, dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sarudin Samah, berkata dua remaja membabitkan lelaki dan perempuan masing-masing berusia 17 dan 14 tahun itu ditahan di Bahagian Kecemasan Hospital Selama jam 8.20 malam tadi.
“Ketika ditahan, dua remaja itu dikatakan sedang mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
“Remaja perempuan itu masih dalam rawatan pihak hospital dan kedua-duanya akan diberi jaminan polis selepas siasatan dan keterangan direkodkan,” katanya ketika dihubungi.
Dalam kejadian 7.28 pagi tadi pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang menemukan seorang bayi perempuan dalam kotak, yang diletakkan di pusat pengajian Islam itu.
Bayi dipercayai baru dilahirkan itu ditemukan bersama uri dan tali pusat, seterusnya dibawa ke Hospital Selama oleh pengadu untuk mendapatkan rawatan lanjut sebelum membuat laporan kepada pihak polis. – BERNAMA
2 remaja ditahan kes buang bayi bersama uri dan tali pusat dalam kotak
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Pegawai Mantan PM Yang Tidak Mahu Datang Bila Di Panggil SPRM?
- UMNO Dan DAP Mesti Bijak, Jangan Saling ‘Membunuh’
- Mahathir Semakin Tenggelam Dengan Kerosakan Ciptaan Beliau
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :