Terbuka Malaysia: Tutup peluang pemain lawan

Terbuka Malaysia: Tutup peluang pemain lawan

Terbuka Malaysia: Tutup peluang pemain lawan
AARON dan Wooi Yik perlu menguatkan mental serta fizikal untuk memastikan peluang mereka mara lebih jauh di Terbuka Malaysia terjamin.

KEKUATAN mental harus menjadi fokus utama beregu lelaki No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik menjelang kejohanan badminton Terbuka Malaysia yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula 9 hingga 14 Januari ini.

Bekas juara dunia itu pastinya mahu memulakan kempen 2024 dengan langkah kanan, lebih-lebih lagi menggalas harapan menggunung seluruh rakyat Malaysia selain beraksi di laman sendiri.

Jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen menegaskan, Aaron-Wooi Yik perlu memastikan mereka sudah bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal memandangkan semua pemain yang datang mahukan kemenangan.



“Selepas mengadakan perbincangan dengan mereka, saya tahu semua orang mahu menang. Kita juga mahukan kemenangan, cuma kita tidak boleh pastikan bagaimana aksi yang perlu ditampilkan untuk kita menang.

“Salah satu caranya ialah perlu bersedia 100 peratus dari segi mental dan fizikal. Saya tidak kisah mengenai cara permainan kerana yang paling penting adalah untuk dapatkan kemenangan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berharap anak-anak buahnya tidak memberikan sebarang ruang kepada pemain lawan untuk mengambil kesempatan kerana ia boleh menjejaskan peluang mereka mencatat kemenangan.

“Antara perkara yang menjadi penentu keputusan perlawanan adalah sama ada kita berikan ruang ataupun tidak kepada lawan ketika waktu genting. Kalau hanya berhajat untuk menang, tetapi tidak jaga perkara itu, bagaimana nak lakukannya,” ujar Bin Shen.



Menjelang aksi pusingan pertama pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu, Aaron-Wooi Yik akan membuat perhitungan dengan beregu Denmark, Rasmus Kjaer-Frederik Sogaard.

Terbuka Malaysia: Tutup peluang pemain lawan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

“Ambil gambar tapi tulis semua tidak betul” – Najib



 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading